Pages

Saturday, December 27, 2014

PRAY FOR MALAYSIA

Assalamu'alaikum..

Sekarang ni musim banjir di Malaysia. Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak dah banjir. Terbaru ni Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Kedah pun ada kawasan yang naik air. 

Hari-hari aku dapat update pasal banjir di Kelantan dan Pahang daripada adik-beradik FSCC aku yang ada di sana. Sedih aku bila dapat tau kawasan rumah diorang air makin naik, terperangkap, tiada bekalan elektrik, tak dapat berhubung dengan keluarga dan sebagainya. Lepastu semalam aku call Farhan dia cakap dia call Syahir(abang ngah) tak dapat ka tak angkat entah. Yang aku tau line dia kat sana tak clear. Tapi risau jugak la sebab KB air tinggi jugak. 

Pagi tadi Ika pulak bagitau kat group whatsapp abang dengan kakak dia tersangkut kat tol nak masuk Temerloh time nak pergi ambik parents diaorang. Air dah masuk rumah jiran dan kalau hujan malam ni mungkin rumah parents dia pun masuk air. I feel sad bila dapat berita tu. Aku bayangkan macam mana lah kalau parents aku yang terperangkap dalam rumah macam tu. Allahu. 

Sedih sangat bila dapat berita-berita pasal banjir. Mungkin sebab ada kawan-kawan di sana. Aku pun sedih jugak sebab rasa macam tak membantu. Rasa useless pulak. Kalau boleh aku nak turun padang jadi sukarelawan kat mana-mana kawasan banjir. Tapi aku hanya mampu berdoa dan beri sokongan dari jauh. 

Kepada semua rakyat Malaysia, ayuh kita sama-sama hulurkan bantuan. Baik dari segi tenaga, wang ringgit, makanan dan minuman, kelengkapan diri mahupun barang-barang asas. Ujian banjir daripada Allah ni sebagai salah satu cara untuk kita semua bermuhasabah dan dekat kepada Allah. 




Kepada saudara-saudara yang ditimpa ujian banjir, kalian harus tabah dan kuat. In shaa Allah keadaan dan kehidupan selepas ujian ini lebih baik. Doa kami mengiringi kalian. Jaga diri dan jangan pernah lupa kewajipan solat walaupun banjir. Semoga kalian selamat semuanya. 


May Allah bless us,ameen..

-Nur Najihah-


Thursday, December 25, 2014

GREAT EXPERIENCE, GREAT PEOPLE

Assalamu'alaikum..

So guys how are you?  Well, alhamdulillah I'm doing very well here-spending my 2 months sem break.  I think I had planned it very well.  A month spent in CFS while another month that I'm spending now in Kedah ku tercinta walaweyhh.  Lol.

So what made me spent about a month in CFS?  Friends kept questioning me why and what I'm doing here in CFS like they don't like me being in CFS.  Lol tak baik suudzon. Ish ish ish astaghfirullah.

Actually, I went back to CFS a week earlier than sem 2 starts because I was appointed to be a committee of Ta'aruf Week aka TaWe and I was the secretary. Heeee. Weyh bayangkan dulu waktu bulan 6 aku join TaWe as a freshie budak noob baru masuk CFS but this time aku join TaWe as a committee untuk third intake.

Alhamdulillah thank you Allah for this super supreme awesome experience.  I got to know my adik-beradik in FSCC very well and spent my time with them especially seniors like Luqman Alif, Luqman Izzu, Azim and Kak Fir. Ouh not to forget Farhan aka Paan subcom ComPub yang sangat baik macam aku selalu buli dia pulak. Hahaha. Rahim, Fir, Bal dan Dayah aku dah boleh kira ngam dah sebelum ni tapi Ya Allah time ni lagi terserlah perangai sebenar masing-masing. Haish, rindu pulak.  So we named our group as USRAH 10.

Talking about USRAH 10 conducting TaWe, alhamdulillah we nailed it! Bagi aku dan first year yang lain mungkin rasa penat sikit tapi berbaloi sangat dan happy. First experince yang sangat menarik. Alhamdulillah aku dapat belajar banyak sangat benda in conducting this programme. Dapat bekerja dengan rakan-rakan yang hebat dan involved dengan staffs! Lepas tu yang penting lepas TaWe ni dah settled tamat apa semua, mestilah ada post mortem kan. Post mortem dengan Deputy Dean and staffs pulak tu aku dapat join. Alhamdulillah dapat rasa pengalaman meeting dengan orang-orang besar dalam CFS. Heeee.

Apa yang aku dapat daripada TaWe ni ialah lakukan tugas dengan sebaik mungkin. Kedua, saling melengkapi antara satu sama lain. Masing-masing pakat backup kalau ada apa-apa kekurangan. Ketiga, makan secara berjemaah. Ni pun salah satu benda yang menguatkan bond ukhuwwah tu. Seterusnya, dapat mengenali ahli USRAH 10 dengan lebih dekat. Subhanallah semua hebat-hebat sampai aku rasa I just an ant among you guys. Tapi yeah tak payah nak compare diri sendiri dengan orang lain. Try to figure out your own capability and talent.

What can I say right now is I miss USRAH 10 and looking forward to TaWe besar next year. Tak sabar nak bekerja dengan adik-beradik FSCC yang lain nanti. Mesti lagi havoc dengan perangai masing-masing. May Allah preserve our ukhuwwah till forever. Ameen..


Usrah 10 fi qalbi daiman abadan abada.


An honour to have a picture with Dean of CFS, Prof Torla. 


Le sisters.



Hihi, last but not least posing sikit dengan beg mengkuang Rahim ni. Offer untuk bawak beg ni sebab aku pulak yang malu tengok Rahim usung beg ni kehulu kehilir. Hahaha..tak matching la dengan gaya hang Rahim oi! :p

Thank you for reading this entry, guys! See you soon in the next entry! 

May Allah bless us, ameen..

-Nur Najihah-




Thursday, October 30, 2014

KEBAHAGIAAN DAN KEPUASAN HIDUP YANG SEBENAR..


Assalamu'alaikum..

Apa khabar semua?  Harap korang semua sihat dan selalu berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Aku ada terbaca satu post instashop ni kat instagram," kebahagiaan dan kepuasan hidup yang sebenar adalah apabila kita memberi.  Saat kita membahagiakan orang lain atau membantu memudahkan kehidupan orang lain, akan ada rasa satu kepuasan yang hadir dalam hati."  And I totally agree with this statement.  Do you feel that way too?

Jadi kat sini aku nak share sikit pasal pengalaman aku.  Haha, bukanlah apa sangat pun. Cuma aku saja la nak share.  Tiada niat lain okay.

Insiden ni berlaku waktu bulan 9 lepas, masa tu kat CFS ada event IQFest.  Kisahnya begini,

"Aku berjalan  menuju ke Al-Malik Faisal Hall(AMF) setelah tamatnya kelas pada petang itu.  Sambil berjalan, tanganku memegang telefon pintar dan mataku tertumpu pada skrin telefon tersebut. Membaca mesej-mesej whatsapp usai kelas menjadi tabiatku. Sedang aku berjalan sambil membaca mesej whatsapp, tiba-tiba seorang brother lari dalam keadaan tergopoh-gapah sebelah aku.  Waktu dia dah lari sampai hadapan aku, aku ternampak duit tercicir daripada poket seluarnya.  Aku pun terus ambil duit tu dan memanggil brother tadi dengan suara yang agak kuat. "Brother, brother!". Tetapi malang seribu kali malang, brother tu tak dengar dan terus berlari.  Aku pun apa lagi geram sebab brother tadi tak dengar kan, aku pun berlari mengejar dia sampai lah aku tiba di hadapan AMF, aku dah hilang jejak brother tu.  Mata aku melilau di sekitar perkarangan AMF, mencari kelibat sang brother.  Tapi hampa, tak nampak.  Dah lesap.  Laju benar kau lari ya brother.  Aku pun masuk lah ke dalam AMF dan tanya kawan-kawan aku, ada nampak tak seorang brother yang pakai baju melayu warna biru masuk situ.  Aku tidak menemukan jawapan daripada mereka.  Kecewa sebab tak dapat pulangkan duit tu, aku letakkan dulu duit tersebut di atas meja dalam AMF.  Disebabkan panas dan penat mengejar brother baju melayu biru tadi, aku mengambil keputusan untuk membeli air di Coop Mart.  Tiba giliran untuk aku membayar air tersebut, mataku tertacap pada satu susuk tubuh di hadapan aku.  Hah, brother baju melayu biru tadi!  Alhamdulillah, aku jumpa jugak dia akhirnya. 

Aku pun terus tegur brother tersebut, " brother, tadi time brother lari, duit brother tercicir.  Duit tu ada kat AMF.  Jom lah pergi ambik duit tu, kat AMF ya."  Brother tersebut pun membalas, " ye ke? Okay."  Balas si brother sambil tersenyum.  Aku pun turut tersenyum gembira.  Setelah membayar air yang aku beli, aku kembali ke AMF.  Waktu masuk ke dalam AMF, aku pergi kat kawan aku dan cakap, "yeay, dah jumpa dah brother tu! Yeah!!".  Beberapa minit kemudian, sang brother pun masuk ke dalam AMF dan matanya melilau-lilau.  Mencari aku mungkin.  Setelah dia ternampak aku, dia menghampiri aku.  Aku pun dengan penuh teruja ambil duit yang tercicir tadi dan menyerahkan kepada si brother.  Si brother tadi menyambut duit tersebut dan bertanya, "betul ni duit saya punya?". Aku pun menjawab, " ya betul, jatuh time brother lari tadi."  Si brother pun yakin untuk mengambil duit tersebut dan mengucapkan terima kasih.  Sang brother pun keluar daripada AMF."

Sekian kisah di atas.  Aku taktau kenapa aku rasa puas dan gembira yang amat bila aku dapat kembalikan duit yang tercicir tadi kat brother tu.  Walaupun cuma sekeping RM 1 bukannya RM 50 lepastu buruk dan lembik pulak duit tu, tapi aku tetap insisted untuk cari tuan punya duit tu dan pulangkan kepadanya.  Time aku jumpa brother tu memang aku happy dan bersyukur sangat sebab Allah tolong aku untuk menjejaki brother tu.  Alhamdulillah. 

Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah, apabila kita berusaha untuk memulangkan sesuatu barang kepada orang yang berhak iaitu tuannya, kita akan rasa dan gembira dan puas.  Mana tau la kan, dengan duit RM 1 yang buruk tu brother tu nak buat apa kan, buat something yang penting ka kan. So secara tak langsung aku telah menolong brother tersebut.  Dan sebab itulah aku rasa puas sangat bila boleh kembalikan duit tu.  Alhamdulillah.

So korang, dalam hidup ni kita kena banyak memberi dan menolong orang.  Jangan hanya nak menerima dan pentingkan diri sendiri.  Percaya lah, bila kita memberi, kita akan rasa gembira.  Bila kita tolong orang, mudahkan urusan orang lain, kita akan rasa puas dan bahagia.  Give something and in shaa Allah our lives will be more meaningful.  Mulai hari ni, jom kita semua berazam untuk banyakkan memberi dan menolong orang-orang di sekeliling kita.  Ayuh!

Jumpa lagi pada entri yang akan datang(entah hujung tahun ni pulak kot).  Maaf kalau cerita aku kat atas tu macam ntahapaapantah dan kurang menarik.  Yang penting, mesej yang aku nak sampaikan. Harap mesej tu sampai lah ya kat korang,  Terima kasih sebab sudi baca.  =)


p/s: kisah aku share ni just untuk menceritakan experince aku.


May Allah bless us, ameen..




Tuesday, October 21, 2014

HIDUP AKU, DUNIA AKU KINI...

Assalamu'alaikum..

Apa khabar semua?  Alhamdulillah, I'm fine. Ya Allah, lama sangat-sangat tak update blog ni. Serius cakap, rindu gila kat blog.  Ehem, so disebabkan lama tak update blog kan, izinkan aku untuk bercerita, membebel serta berkepochi untuk entri ni.  Ala, cerita pasal life aku sekarang ni la.

So now, I'm officially a student of CFS IIUM.  Pusat Asasi UIA kat PJ.  Alhamdulillah, aku bahagia dan gembira hidup di sana.  Acewwaahh.  Walaupun pada mulanya aku macam heartless, feelingless, emoticonless dan macam-macam lerss untuk masuk CFS bukan sebab aku tak suka masuk situ.  Aku memang nak sangat masuk CFS cuma course yang aku dapat tu la.  Agak macam hmmm..Tapi sekarang alhamdulillah aku okay dan gembira dengan course tersebut.  Ekeke..



Sebahagian daripada puteri MMAS yang study kat CFS.  Time Ta'aruf Week(TAWe) ja lah nampak muka diorang.  Bila dah start kelas jarang dah nampak.  Eh ka aku ja?  Haha..

Cerita pasal kelas pulak, kelas aku 20 orang semuanya.  Guess what, brothers 3 orang ja.  Gila sikit weyhh.  Eh sebelum cerita pasal kelas, biar aku cerita sikit APT dengan EPT yang kitorang kena duduki masa TaWe.  APT tu Arabic Placement Test dan EPT ialah English Placement Test.  Exams ni la  yang akan menentuka tempoh pengajian asasi kitorang kat CFS.  Aku alhamdulillah EPT exempted, tak payah study english la senang cerita.  APT pulak aku level 4 so memang kena masuk kena masuk kelas arab sebab course aku ni APT kena exempted level 6.  So tempoh pengajian asasi aku ialah 2 tahun. Tapi in shaa Allah kalau result exam bagus boleh kurang daripada 2 tahun tu. Huhu.

Kembali kepada cerita kelas tadi, untuk kelas arab ni kan memang palpitation habis la aku cakap. Ustaz memang strict la weyh. Kau bayangkan, setiap karangan dan tugasan-tugasan lain, semua tu akan dikritik dan dikomen. Dari segi tulisan, bentuk huruf apa semua sampai lah ke gaya bahasa semua tu akan dikriktik dan dikomen. Perghh mana tak cemasnya aku macam tu.  Stress aku memikirkan hari-hariku di CFS. Tapi tapi tapi tu semua dulu, masa awal-awal lagi. Sekarang ni alhamdulillah aku dah okay dan dapat ikut rentak ustaz. Kitorang semua percaya dan yakin kaedah pengajaran dan pembelajaran ustaz amat bagus dan berkesan untuk kitorang. Semua yang ustaz buat untuk kebaikan kitorang untuk menghadapi dunia di luar sana yang sungguh lasak dan kejam. Eh terover pulak. Sorry. Ha, lupa nak mention nama ustaz. Nama beliau ialah Ustaz Rozuki bin Arifin. Ore klate.  Hahaha..



Le classmates. Tak payah cari aku sebab aku yang tangkap gambar ni. Hahaa..Nampak kan brothers 3 orang ja. Kesian.

Tu cerita kelas arab, sekarang aku nak cerita pasal kelas Islam and Other Religions. Nama ringkasnya RKA. Subjek ni best dan menarik tambah-tambah bila masuk bab agama Kristian, Hindu dan Buddha. Okay aku tak akan sebut bab tu dengan lebih mendalam kat sini. Untuk kelas RKA ni, kitorang dapat lecturer yang sangat baik dan best gila masuk kelas beliau. Her name is Madam Sabariah binti Arof. She's so motherly. Alhamdulillah, untuk kedua-dua kelas ni kitorang dapat ustaz dan madam yang sangat baik dan membantu kitorang untuk lebih berusaha dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Bak kata Ustaz Rozuki, "apabila kita ada sesuatu, kita dapat memberi sesuatu". Ilmu yang bermanfaat tu penting.  =) Untuk sem 1 ni, kitorang belajar dua subjek ni ja. In shaa Allah lepas ni baru belajar core courses. Doakan aku dan classmates dapat result yang elok lepastu cepat-cepat belajar core courses.  Heee..


Madam Sabariah.  Blessed to have her as our lecturer.  =)




Ni masa Ibadah Camp untuk students course BAR, BEN dan ENCOM. Ni kumpulan aku. Kumpulan 4: Shaukatul Wardah.



Le classmates aka girlfriends waktu tengok teater arab. Kemain tau pergi tengok teater tapi at the same time dok tegur kesalahan ejaan peserta-peserta teater. Ha, nampak kan kesan belajar dengan Ustaz Rozuki kat situ. Kitorang semakin peka dan sensitif kalau ada kesalahan ni.  Hehe.. Jom berkenalan sikit dengan diorang. From left: Anna, Aleen, Yana, aku, Bazira(ni bukan classmate, tapi roommate aku) dan Fini. From front: Zaza, Ain Sue, Jannah and Atikah. Hai korang, rindu pulak suasana dalam kelas. Jumpa sem depan!




Ni time iftar yang lepas. Gabungan semua Maktab Mahmud. Dapat la jugak kenal budak-budak ma'ahad lain. Thanks seniors sebab anjurkan iftar ni!

Okay sekarang dah sampai part yang paling penting. Tanpa diorang ni, suram lah hari-hariku di CFS. Acewwaahh.  From strangers-friends-siblings. Diorang ni adik-beradikku-lain mak lain ayah tapi disatukan atas dasar Islam dan Iman. Ekeke, okay yang tu memang la kan. Kitorang disatukan oleh sebuah society di CFS. Alhamdulillah, blessed to have them in my life. Terima kasih kerana menceriakan hari-hariku di CFS.  Aku baru tersedar yang sebelum ni aku tak pernah ucap syukur pun sebab dipertemukan dengan diorang. Razzi selalu cakap,"alhamdulillah syukur sangat aku masuk society ni. Ceria hari aku, kalau tak hmmm..". Thanks abang long atas peringatan secara tak langsung tu.  =)  Aku percaya untuk bergerak dan bekerjasama ukhuwwah yang mantap amat penting. Amanah yang kitorang dapat ni bukan suatu yang dapat dibanggakan, tapi satu beban yang kitorang kena tanggung dan jawab di SANA nanti. Bak kata Mina," sebelah kaki dah ada di neraka". Allahu, gerun dengar. Semoga kami semua dapat menjalankan amanah tersebut dan saling melengkapi antara satu sama lain. Sayang korang semua lillahi ta'ala. *kesat air mata*



Sebahagian daripada adik-beradikku.  Amboih flawlessnya muka memasing.  Hewhewhew..



Time Induction Board di Hulu Langat. Best jugak ada program luar time bulan puasa ni. Sahur dan iftar reramai. Rindu waktu tu. Perkenalkan sikit diorang ni. From left: Qilah, Dayah, Kak Yah, Kak Fatin and Kak Irna. Dua orang yang duduk tu Paan dengan aku.  



MCLEAD di Tanjung Malim.  From left: Bal, Fir, Ika and me. Maafkan muka kitorang yang sombong + poyo + nak kena tibai dan mintak pelempang sebagainya. Ika senyum keji weyhh. Hahaha..



QEAM di Ulu Yam. Best time ni, masuk hutan, makan nasi masak dalam buluh, break clap satu group dengan Alif(gila lawak doe alip, muka dia time buat break clap memang aku ingat sampai bila-bila), lari-lari kena selesaikan cabaran yang minum air kopi yang gila tak sedap.  Serius aku ingat sampai bila-bila semua tu. Haih la, rindu time ni. Btw,yang depan sekali tu Anas, dia selalu jadi monopod kalau nak selfie. Hhehe..




Time IQFest bulan lepas. Alhamdulillah, program IQFest berjalan lancar. Perkenalkan yang belakang dua orang tu, Puya dan Syahir.



Time ni pergi exercise sikit kat Taman Jaya. Padahal plan sebenar nak buat birthday surprise Tira. Alhamdulillah plan menjadi. Tira yang pakai pashmina bercorak tu.  =)




Okay ni aku nak perkenalkan sikit abang long dengan abang ngah aku. Yang kiri tu abang ngah, ha'ah yang nama Syahir tadi tu lah. Kanan tu abang long yang bernama Razzi. Kenapa panggil diorang abang long dengan abang ngah? Sebab aku adik su diorang. =) Haha, entah macam mana entah jadi macam tu. Ouh ya, diorang ni 18 jugak. Sebaya ja tak tua pun. :p *ni bukan nak promote diorang ni*

Last but not least, meet my groupmates. Dengan diorang ni lah, aku buat karangan arab, tugasan-tugasan arab, assignment rka dan presentation rka. Thanks sebab jadi groupmates aku untuk sem ni, dan jugak sem-sem yang akan datang.



Perkenalkan,Yana si mawar putih berduri dan Hanisah si puteri raja. Eh Hanisah tu memang raja betul okay, nama penuh dia Raja Nur Hanisah. Jangan buat main. Nampak tak sehati sejiwa tu tali kad matrik pun warna sama.  Heee..=)


Alhamdulillah, aku happy study kat CFS. Alhamdulillah dapat peluang untuk kenal ramai orang-orang yang positif dan hebat. Terima kasih korang.  

Doakan aku dan classmates aku serta adik-beradikku semua dapat result exam yang elok dan cemerlang seiring dengan usaha kami. Aku juga nak mintak maaf kalau sepanjang aku berblogging ni aku ada menyakiti hati atau mengguris perasaan korang sama ada aku sedar ataupun tidak. Terima kasih jugak sebab sudi baca blog aku yang merepek ntahapaapantah ni. Sekali lagi, aku mintak maaf dan terima kasih diucapkan.

Kepada sahabat yang inbox aku di fb, tanya bila aku nak update blog, terima kasih. Terharu iollss tau. Ni dah update jemput lah baca. Hahaha.

Jumpa lagi dalam entri akan datang. Tu pun taktau lah lagi bila.

May Allah bless us, ameen..



Wednesday, June 4, 2014

AKTIVITI LEPAS SPM...

Assalamu'alaikum...

Korang sihat? Say Alhamdulillah untuk nikmat sihat tu. Kejap ja kan dah masuk bulan Jun. Aku nervous pulak bila dah masuk Jun ni. Adrenaline rush gitteww. So since aku dah nak enroll universiti sabtu ni, aku nak share la dengan korang apa aktiviti aku sepanjang cuti hampir 5 bulan selepas SPM.

Okay sebenarnya aku pun tak expected yang aku akan buat benda ni. Serius aku cakap weyh, aku memang tak suka tahap dewa benda ni. Sebab aku rasa complicated nau. Tapi disebabkan mama aku suruh, terpaksa la kurelakan jiwa. Relax my readers, jangan pikir benda teruk dan mustahil yang aku buat. Aku pergi kelas menjahit ja pun. Aku joined kelas tu dulu memang heartless feelingless emoticonless semua lerss. Sebab macam aku cakap, aku rasa complicated la bab-bab menjahit ni. Aku ni dah la tak berseni.

Tapi makin lama aku selami dan selusuri ilmu jahitan ni (acewah gaya macam khatam jahitan semua jenis baju)aku mula rasa enjoy pula. Rasa macam eh tak susah sangat la, biasa ja. Ala tapi normal la kan kalau first time tu asyik kena rujuk cikgu, makcik-makcik dengan kawan-kawan, pastu kena tetas balik jahitan tu. Normal tu semua beb. Proses pembelajaran memang macam tu. Mana ada terus terer tanpa sebarang kesilapan. =)

Alhamdulillah, aku dah berjaya jahit 6 helai baju. Aku sendiri tak percaya kot aku boleh buat benda yang memang aku tak pernah bayangkan dulu. Bermula dengan jahit blouse sebagai asas, then aku jahit sepasang baju kurung kemudian maxi  dress. Maxi dress ni la aku paling suka sebab sekejap ja nak menjahitnya. Aku jahit maxi dress dua pasang sebagai bukti bahawa senangnya nak menjahit maxi dress tu. Kalau baju kurung tu aku tak suka part nak jahit kain. Haha..

Selain aku jahit baju aku, aku ada jugak jahitkan untuk mama sekali. Sehelai blouse dan sepasang jubah. Okay time nak jahit jubah ni memang azab la. Sebab design tu complicated bagi aku yang amatur tahap picisan ni. Aku rasa 2 minggu lebih kot aku ambik masa nak siapkan jubah mama. Dan jubah mama tu lah baju yang last aku jahit. Pastu aku berhenti dah. Hahaha.


Bahagian depan jubah. Poket bahagian depan yang ada list kuning tu. First time aku buat rasa macam azab.


Close-up bahagian poket.


  Bahagian belakang jubah. Bahagian belakang takdak problem. Sonang jo.



Close-up bahagian belakang. Ada pleate kat belakang. Haih aku tak reti nak eja la macam mana istilah jahitan ni. Asalkan aku paham sudah. Korang pun buat-buat paham la.


Close-up bahagian pergelangan tangan.  First time jugak buat cuff. Tak susah sangat tapi kalau nak suruh aku buat sekatang ni, confirm aku lupa dah. Hahaha..

So tu jubah mama. Maybe bagi korang kat luar sana yang expert menjahit ni tengok macam kacang goreng ja nak jahit jubah ni. Haha, well nama pun aku ni amatur, design macam ni pun aku rasa tension dah nak menjahit. Tetas banyak kali pulak tu. Aku tabik spring la dengan tailors yang terer jahit baju yang design-design gempak meletop ala diva tu.



Aku yang pakai baju purple di hujung sebelah kanan. Tu lah baju yang aku jahit. 




Ni maxi dress yang kedua. Gambar maxi dress yang pertama hilang entah ke mana.  Gambar-gambar aku setengah dah hilang! Aigoo~


Hari last aku pergi kelas, cikgu terharu dapat hadiah dariapada weollss. Terima kasih cikgu ajar saya dengan kawan-kawan menjahit. From zero to boleh la daripada taktau langsung.  =)

Tu lah aktiviti aku masa cuti sementara tunggu nak masuk U ni. Alhamdulillah, dapat jugak ilmu sikit daripada aku tak buat apa kan. So kawan-kawan, let's try figure out something benefits for us. Sementara masih muda lagi ni kan.

Alang-alang ni kan, aku pun nak mintak maaf jugak kalau sepanjang aku berblogging ni ada salah dan silap sama ada aku sedar atau tak. Mintak maaf kalau ada entri yang tak berfaedah, merapu buang karan ja kan korang baca. Thanks korang sebab baca dan layan entri-entri aku ni. Tanpa korang, tak bermakna lah blog aku ni. Aku nak mintak jasa baik korang untuk doakan aku dan jugak kawan-kawan aku dalam menempuh alam baru untuk kitorang iaitu alam universiti. Doakan urusan pembelajaran kitorang dipermudahkan dan senang nak sedut semua ilmu. Aku tau readers blog aku ni semua rajin berdoa dan memohon kepada Allah, so aku harap doa korang semua dimaqbulkan. Doa yang baik-baik ja tau untuk kitorang. Nanti bila lapang aku update lagi. Aiseh apasal aku touching pulak. Korang jangan meluat pulak dengan aku. Haha.. Thanks korang support aku. Korang memang meletop!


May Allah bless us, ameen...




Saturday, May 24, 2014

FIGHTING, MY GIRLFRIENDS!

Assalamu'alaikum...

Korang apa khabar?  Alhamdulillah, aku sihat ja cuma sekarang busy sikit buat preparations untuk masuk U. Hmm lepas ni taktau la sama ada aku akan ada masa atau tak untuk update blog ni. T.T

So Selasa lepas Timah buat kenduri kesyukuran sebab dia nak pergi sambung study kat USIM. Kitorang ni pun pergi la kenduri dia.  Alang-alang tu boleh gather, selfie berjemaah.  Eh?  Haha..

Time kenduri Timah tu lah last time aku jumpak dorang ni. Lepastu masing-masing pakat pergi negeri yang terpilih untuk sambung study.



 Le girlfriends yang suka selfie.  Haha, aku ja yang noob nak selfie. Lepas ni time raya pulak kot baru boleh nak jumpak. =)



Love this photos so much! Konon-konon potret raya untuk tahun ni.  Seriously girls, I gonna miss you all. 



Anyonyo girlfriends kite omeyy sangat..Stay cute always okay? =)



Lepastu Khamis lepas aku dengan girlfriends sekolah rendah pergi la melawat sekolah kitorang.  Dah semua pakat nak sambung study kan, wajiblah pergi ke sekolah lama untuk jumpak cikgu-cikgu dan memohon restu agar semuanya berjalan lancar.  Baru lah tak digelar murid derhaka kau tau.  Padahal aku pergi pun tak jumpak dengan semua cikgu.  Sedih ar cenggini.





Ni lah girlfriends iollss sejak sekolah rendah.  Sekolah menengah pun satu sekolah jugak.  Bye uollss, lepas ni kita gather lagi okay pastu boleh exchange cerita pasal tempat study masing-masing.

Kepada girlfriends aku yang tercinta, study elok-elok tau kat tempat masing-masing. Cari kawan tu biar yang sopan dan baik akhlaknya. Kalau ada masa, boleh lah kita berkepochi kat whatsapp. Hahaha..
Belajar tu pulun tau bagi dapat 4 leper. Jaga nama baik keluarga dan sekolah. Dan yang penting jaga akhlak dan maruah. Kalau ada mana-mana mamat yang dok usha atau stalk korang meh sini bagitau aku, biar aku cepuk dorang. Jangan kacau girlfriends iteww sebab iteww ni garang tau!! Cehh, over pulak aku.

Gonna miss you girls.  Nanti raya jumpak lagi insya-Allah.  =) Take care uollss..

May Allah bless us, ameen...









Wednesday, May 14, 2014

EXAM MODE...

Assalamu'alaikum...

Korang apa khabar?  Ya aku tau lama gila kan aku tak update blog.  Aku harap takdak yang boikot blog aku ni sebab lama nau tak update.  Haha, dah kenapa bajet macam ramai readers ni?

Sekarang ni dah nak masuk pertengahan bulan 5.  Aku bukak fb ada status pasal exam.  Aku bukak instagram, ada jugak post gambar pasal exam.  Oh patutlah, memang sekarang musim exam la.  Lupa pulak aku  semenjak tak jadi pelajar sekolah ni kan.  Hewhew..

Disebabkan aku ni selalu lah jugak keep in touch dengan sorang junior aku ni, maka aku alert la sikit pasal exam dorang.  Dorang exam 4 minggu.  Kawan-kawan aku yang ambik STAM pulak mid-year exam dorang start hari ni.  All the best, juniors and friends!

Senior aku yang study kat Jordan tu pun nak final exam gak.  Tapi aku taktau pulak the actual date dia nak exam.  Apa-apa pun, bittaufiq wan najah!  Keep praying okay?




Good luck junior Shakirah and dearest girlfriends!  Yang dua orang baju hijau tu terkecuali okay.


Good luck, senior!  Jawab exam molek deh, pahtu kelik malaysia cuti deh.  =)


"Ya Allah ya tuhanku, kau permudahkanlah para junior, rakan-rakan serta senior-senior aku untuk menjawab exam.  Tenangkanlah jiwa mereka dan berilah ilham dan idea kepada mereka untuk menjawab exam. Ameen.."


May Allah bless us, ameen...



Thursday, April 10, 2014

SATU JAM LEBIH YANG ISTIMEWA...

Assalamu'alaikum...

Apa khabar semua?  Harapnya korang semua sihat walafiat.  Insya-Allah...

Semalam ada talk kat KUIN pasal Ahmad Ammar. Aku pergi pukul 10. Pukul 11 aku balik.Haha, sejam ja kot aku kat situ. Dapat la jugak aku dengar suara dan tengok muka mak ayah Ammar secara live. Bangga gila aku rasa padahal bukan dapat salam dengan mak Ammar pun. Haha..

Tapi, pagi tadi time mama aku kejut bangun tidur, mama cakap, "abah ajak Encik Azam mai rumah. Nanti bagi la buku Ammar(buku tu memang ada ja kat sebelah aku time aku tidur..lol) ni kat dia suruh dia sign. Semalam ramai orang mintak dia sign." Aku just jawab, "hmmm,hmmmm.."

Then, nak dekat 8.30 pagi tu Encik Azam dan Puan Azlina sampai kat rumah kitorang bersama-sama beberapa orang lagi. 8 orang tetamu la kiranya pagi tadi. Alhamdulillah, ramah-ramah semuanya.





Ni semua rezeki daripada Allah, aku tak dapat tengok mak ayah Ammar dengan dekat semalam, tapi pagi ni diorang breakfast kat rumah aku siap.  Aku tak dapat mintak autograf mak ayah Ammar semalam, tapi pagi ni aku dapat jugak peluang tu.  Aku tak dapat bergambar dengan mak ayah Ammar semalam, pagi ni aku dapat peluang untuk bergambar dengan diorang.  Alhamdulillah, memang aku tak sangka semua ni.




Puan Azlina gelak sebab Encik Azam tulis ucapan untuk abah aku.  Encik Azam pulak jawab," la, kenal bapak dia je. Takpe lah, share.."  Haha..Terima kasih Encik Azam dan Puan Azlina..=)

Mak Ammar tanya aku SPM dapat apa, apply mana bagai. Aku jawab aku applied UIA, asasi farmasi. Beliau tanya aku taknak pergi Turki ke.  Senyum ja lah mampu.  UIA dekat sangat katanya.  Takpa Puan Azlina, mana tahu kalau saya study UIA nanti, saya dapat join GPTD.  Haha..

Ayah Ammar pulak sembang pasal Risalah An-Nur dengan abah aku.  Aku pun nak jugak mencelah bagitau aku tengah baca novel pasal Badiuzzaman Said Nursi tapi tak habis lagi.  Ayah Ammar ingat aku baca Risalah An-Nur tak habis lagi, then beliau cakap," Apasal tak habis lagi? Kena bagi habis laa.." Erk, aku macam okay speechless kejap sambil pikir kat mana aku nak cari Risalah An-Nur tu.


Habis breakfast, sesi autograf bagai, time for group photo!









Mak Ammar friendly sangat.. suka aku. Cara percakapan tu ada bunyi loghat utara. Tak pasti pulak asal mana mak Ammar ni.  Akak yang tudung peach tu pulak ajak pergi ofis diorang kalau aku pergi Gombak..Huhu, insya-Allah, nanti sampai la sana.  Sungguh pertemuan yang tak disangka ni sangat bermakna! Rasa macam Ammar pun ada sekali. Sungguh kematian Ammar tu satu kematian yang menghidupkan.  Alhamdulillah, syukur terima kasih Ya Allah...


Al-fatihah untuk Ahmad Ammar...

May Allah bless us, ameen...


Monday, April 7, 2014

LEVEL OF MATURITY...

Assalamu'alaikum...

Whatcha doin' yo?! Hope that all my readers are  in hale and hearty.  I dont really know how to express this.  But it seems that I've to write about this. About what,huh?  Okay, about our level of maturity.  It looks cliche when the teenagers are still assume as kids.  Kids, when we talk about them, of course we'll imagine that they are- playing hide and seek with friends, watching cartoons on telly (idiot box), they dont know about what is exactly going on around the country and world.

So I'm 18 now. Young adult, eh? I've to upgrade my level of maturity. No  I dont wanna look like old lady or what to be such a mature girl.  I just have to think wisely and use my superb brain that Allah swt gifted me.. =)


My level..50%? I guess la..ke kurang daripada tu? But I've to upgrade it by hook or by crook..



























I think my English is having reduction..huhu, my bad.

May Allah bless us, ameen...