Pages

Thursday, February 27, 2014

JANGAN DOUBLE STANDARD...

Assalamu'alaikum...

Tahun lepas,
masa hari raya,
saat semua orang pakai baju baru penuh warna,
penuh anggun lagi bergaya,
aku ziarah ke pusara nenda,
kemudian ke teratak nenda saudara,
tapi rezeki tiada untuk bersua,
nenda saudara keluar beraya.

Aku ingin pulang,
tapi mata tertacap pada satu susuk tubuh,
lelaki,
dalam lingkungan 50-an mungkin,
badan bersalut pakaian selekeh dan comot,
pada hari kemenangan,
saat anak-anak Adam berpakaian baru.

Lelaki ini amat meyedihkan,
saat anak-anak Adam menjamah kuih raya,
meratah pelbagai juadah,
lelaki ini masih mengutip tin-tin dan barang terbuang,
demi meneruskan hidup.

Lelaki itu bagaikan magnet yang menarik aku untuk terus memerhatikannya,
aku terus melihat lelaki itu,
si lelaki ternampak kehadiran sebuah keluarga,
terdiri daripada ibu, ayah, anak-anak serta cucu.
ditenung dibelek,
seolah pernah bertemu muka bertentang mata,
tapi si ibu dan ayah tidak sedar mereka ditenung sebegitu rupa.

Si lelaki kemudian menegur si ibu,
oh,
ada bau-bau bacang rupanya mereka,
si lelaki beria bertanya tentang khabar si ibu dan ayah,
si ibu juga bertanya khabar sambil menguntum senyum,
tapi si ayah,
hanya pandang begitu sahaja,
seolah lelaki itu tiada harga.

Si lelaki itu aku lihat,
amat hormat dengan si ayah,
tangan dihulur siap dicium,
tapi seolah tidak disenangi oleh si ayah.

Si lelaki itu mungkin sedar akan reaksi si ayah,
yang endah tak endah,
dipandang bagai tidak setaraf,
tetapi terus mengukir senyuman,
meminta ampun dan maaf sempena hari raya.

Si ibu kemudian berkata sesuatu kepada anak-anak,
anak-anaknya pada hemat aku,
amat berbudi dan menghormati orang tua,
meski tidak berpakaian segak,
bahkan selekeh dan comot.

Keluarga itu meminta izin untuk mengundur diri,
senyuman diberi oleh si ibu untuk si lelaki,
si ayah masih dengan reaksi yang sama,
tidak dilayan  lelaki itu,
anak-anak pasangan itu bersalam dengan si lelaki,
sambil menghulurkankan kertas yang bernilai-duit,
sebagai tanda sedekah dan simpati,
terhadap nasib si lelaki.

Si lelaki berterima kasih,
mungkin terharu dengan wang yang diberi,
saat bersalaman,
dicium tangan anak-anak pasangan itu,
tanda berterima kasih  atau juga hormat mungkin.

Aku yang memerhati,
amat terkesan dengan situasi ini,
kalau tidak,
masakan aku masih ingat situasi ini?

Bukan niat aku untuk mengaibkan orang,
cuma untuk peringatan dan teladan,
supaya aku dan engkau yang membaca,
bisa mengambil 'ibrah dan pengajaran.

Bukankah semua manusia itu sama?
hanya iman dan taqwa yang membezakan mereka.

Jangan hanya kerana tiada pangkat,
tiada apa-apa gelaran,
pekerjaan pula hanya mengutip barang terbuang,
insan seperti ini sebelah mata saja dipandang.

Manusia pada hemat aku,
belum hormat sebetulnya sesama manusia.

Ah, jangan double standard,
layan semua sama rata,
jangan lebih jangan kurang.

Ini orang kata,
hablumminallah wa hablumminanas,
hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
keduanya penting harus dijaga.

Peringatan untuk aku dan kau semua,
jangan pernah lupa,
paku ketat-ketat dalam otak yang dilindungi tengkorak.


12.35 am, 27022014


May Allah bless us, ameen...


Sunday, February 23, 2014

FACT: I AM 18 NOW...

Assalamu'alaikum...

Kabare waras? Aku harap korang semua waras tanpa ada sebarang masalah. :)

Tajuk entri bukan main lagi tulis fact. Dah macam fakta yang penting pulak untuk korang semua tau. Tapi aku memang nak bagitau ni, kemarin pada tarikh cantik 22/2/2014 birthday aku. Dan aku dah 18 tahun weyh. Tak percaya pulak dah 18. Cepatnya masa berlalu. Aku ingat aku budak-budak lagi sebab aku pergi kenduri kemarin, lepas tu ada makcik ni tanya aku darjah berapa. Tu macam lawak sangat makcik. -_-

By the way, bulan Februari ni kan every week mesti ada birthday ahli keluarga aku. 4/2 birthday my sister-in-law, 11/2 birthday my nephew-Along, 14/2 my kakak, 22/2 aku dan 27/2 my sister-in-law. Ha, kan dah bagitau setiap minggu ada ja ulangtahun kelahiran.

Alhamdulillah, aku dapat lagi chance untuk hidup lagi pada tahun ni. Syukur sangat. Tanpa mama yang melahirkan, tak wujud la aku kat dunia ni. Syukur alhamdulillah..=)

Tahun ni aku dapat hadiah birthday awal. Hari Rabu aku dah dapat kek birthday from my girlfriends- Amal, Nadhirah, Nomi, Anis dan Adila. Semangat dorang buat plan untuk prank aku tau. Tahniah la uollss. Plan uolss berjaya sebab iollss percaya pada sandiwara uollss semua.


Hanya gelak ja reaksi aku. Haha, dah tu takkan nak menangis teresak-esak pulak kan?


Ni hadiah from Amal and Tihat. Datang rumah dan sangkut hadiah kat gate. Semangat korang nak surprise kan aku kannn.. Aku baru nak bajet artis, ingat fans yang bagi. Haha. Thank you korang....


 Cheese cake is my favourite cake ever! Kek kakak beli dua hari sebelum birthday. Tak sampai 22/2 kek ni  dah tinggal suku. Haha. Aku kan sangat suka cheese. Haruslah segala makanan berkaitan cheese aku suka.


Kek from bang chaq. Yang ni memang betul kek birthday la sebab beli time 22/2. Petang tu abang Zizul datang, rezeki dia dapat makan kek birthday aku. Penat tau aku baked kek ni sebab nak jamu dia. lol. :P

Time aku tangkap gambar-gambar kek tu, tiba-tiba aku teringat macam mana lah orang susah sambut birthday kan? Sedih pulak aku tiba-tiba.

Seiring pertambahan usia aku ni, aku berdoa supaya aku hidup dalam keberkatan, segala ilmu yang aku belajar tu berkat, berjaya dunia akhirat, menjadi anak solehah, mumtazah dan memperoleh kejayaan dalam SPM yang akan keluar bulan 3 ni. Ameen..Ha, cuak tak cuak result nak keluar dah??? 

Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kat korang yang wished untuk aku dan doakan aku. May Allah bless you all! Dan sejujurnya aku taknak membesar. Tapi, biar tubuh kecil tetapi berpengaruh besar. Akan ku ingat kata-kata itu..:)


May Allah bless us, ameen...