Pages

Thursday, February 27, 2014

JANGAN DOUBLE STANDARD...

Assalamu'alaikum...

Tahun lepas,
masa hari raya,
saat semua orang pakai baju baru penuh warna,
penuh anggun lagi bergaya,
aku ziarah ke pusara nenda,
kemudian ke teratak nenda saudara,
tapi rezeki tiada untuk bersua,
nenda saudara keluar beraya.

Aku ingin pulang,
tapi mata tertacap pada satu susuk tubuh,
lelaki,
dalam lingkungan 50-an mungkin,
badan bersalut pakaian selekeh dan comot,
pada hari kemenangan,
saat anak-anak Adam berpakaian baru.

Lelaki ini amat meyedihkan,
saat anak-anak Adam menjamah kuih raya,
meratah pelbagai juadah,
lelaki ini masih mengutip tin-tin dan barang terbuang,
demi meneruskan hidup.

Lelaki itu bagaikan magnet yang menarik aku untuk terus memerhatikannya,
aku terus melihat lelaki itu,
si lelaki ternampak kehadiran sebuah keluarga,
terdiri daripada ibu, ayah, anak-anak serta cucu.
ditenung dibelek,
seolah pernah bertemu muka bertentang mata,
tapi si ibu dan ayah tidak sedar mereka ditenung sebegitu rupa.

Si lelaki kemudian menegur si ibu,
oh,
ada bau-bau bacang rupanya mereka,
si lelaki beria bertanya tentang khabar si ibu dan ayah,
si ibu juga bertanya khabar sambil menguntum senyum,
tapi si ayah,
hanya pandang begitu sahaja,
seolah lelaki itu tiada harga.

Si lelaki itu aku lihat,
amat hormat dengan si ayah,
tangan dihulur siap dicium,
tapi seolah tidak disenangi oleh si ayah.

Si lelaki itu mungkin sedar akan reaksi si ayah,
yang endah tak endah,
dipandang bagai tidak setaraf,
tetapi terus mengukir senyuman,
meminta ampun dan maaf sempena hari raya.

Si ibu kemudian berkata sesuatu kepada anak-anak,
anak-anaknya pada hemat aku,
amat berbudi dan menghormati orang tua,
meski tidak berpakaian segak,
bahkan selekeh dan comot.

Keluarga itu meminta izin untuk mengundur diri,
senyuman diberi oleh si ibu untuk si lelaki,
si ayah masih dengan reaksi yang sama,
tidak dilayan  lelaki itu,
anak-anak pasangan itu bersalam dengan si lelaki,
sambil menghulurkankan kertas yang bernilai-duit,
sebagai tanda sedekah dan simpati,
terhadap nasib si lelaki.

Si lelaki berterima kasih,
mungkin terharu dengan wang yang diberi,
saat bersalaman,
dicium tangan anak-anak pasangan itu,
tanda berterima kasih  atau juga hormat mungkin.

Aku yang memerhati,
amat terkesan dengan situasi ini,
kalau tidak,
masakan aku masih ingat situasi ini?

Bukan niat aku untuk mengaibkan orang,
cuma untuk peringatan dan teladan,
supaya aku dan engkau yang membaca,
bisa mengambil 'ibrah dan pengajaran.

Bukankah semua manusia itu sama?
hanya iman dan taqwa yang membezakan mereka.

Jangan hanya kerana tiada pangkat,
tiada apa-apa gelaran,
pekerjaan pula hanya mengutip barang terbuang,
insan seperti ini sebelah mata saja dipandang.

Manusia pada hemat aku,
belum hormat sebetulnya sesama manusia.

Ah, jangan double standard,
layan semua sama rata,
jangan lebih jangan kurang.

Ini orang kata,
hablumminallah wa hablumminanas,
hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
keduanya penting harus dijaga.

Peringatan untuk aku dan kau semua,
jangan pernah lupa,
paku ketat-ketat dalam otak yang dilindungi tengkorak.


12.35 am, 27022014


May Allah bless us, ameen...


7 comments:

Nurul Izzah said...

sangat menusuk kalbu. yep, pangkat semua tu bukan boleh bawak ke mati pun. nanti semua pakai kain kapan. putih ja. tadak yg pakai warna warni.

Az-zahrah Md Daud said...

It's really a heart-touching scene.Indeed,only Allah who deserves to judge us. but,nie la realiti manusia sekarang kan.pls do remember yang kaya di 'sini',tak semestinya kaya di 'sana' and yang miskin di 'sini' belum tentu miskin di 'sana'. 'sana' @ akhirat yang lebih utama. :)

Nur Najihah said...

Nurul Izzah: yeap, true! ilmu byk di dada tak guna kalau nilai2 sesama manusia pun cetek..

Az-Zahrah Md Daud: yeap, right. life is the best experience and experience is the best teacher.

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Nur Najihah said...

Muhammad Taufiq: terima kasih, selalu lah datang baca ya..okay, saya singgah blog awk.. :)

Alia Laila said...

Assalamualaikum.
Sebak baca ni :'(

Nur Najihah said...

Alia Laila: wa'alaikumussalam..thanks kak alia sbb baca..