Pages

Sunday, March 30, 2014

APA YANG BOLEH AKU SUMBANGKAN?

Assalamu'alaikum...

Apa khabar?  Harap korang sihat selalu ya!  =)

Aku ni kekadang dok tertanya-tanya jugak kat diri sendiri ni, apa yang aku boleh sumbangkan untuk orang ramai?  Ya la kan, aku ni hanyalah seorang pemudi biasa yang tinggal di pinggir bandar.  Eh, pinggir ka? Tapi walaupun aku hanyalah pemudi biasa, tak semestinya aku ni tak boleh nak buat apa-apa yang boleh bagi manfaat untuk orang, kan?

Aku tertarik dengan salah satu tajuk dalam buku "Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati" yang Hilal Asyraf dengan Aiman Azlan tulis tu. Dalam tu Hilal Asyraf ada sebut "kalau aku kaya nanti, aku akan tolong ummah".
So, aku syak mesti ramai kan yang pikir macam tu, kan?

"Kalau aku kaya, aku nak bagi van jenazah sebijik kat masjid tu".

"Kalau aku kaya, aku nak pergi Afrika, ambik bebudak tu semua jadi adik angkat aku".

"Kalau aku kaya, aku nak bina banglo 7 tujuh tingkat, letak semua gelendangan kat situ".

"Kalau aku kaya, hari-hari hari raya".  Eh, ni bukan lagu Altimet ft Awi Rafael ka?

Monolog di atas tu semua rekaan aku ja.

So menurut Hilal Asyraf, tak semestinya kita kena kaya baru boleh tolong ummah, sumbangkan sesuatu untuk ummah.  Sebab persoalannya sekarang ni, bila kita nak jadi kaya?  Kan? Kalau nak tunggu kaya tu, sampai mati la kot tak kaya-kaya.  Sebab bila duit dah banyak, cara hidup pun tentu la nak mewah kan. Nak beli yang branded gitu. Fulus pun flow like river water in the jungle la.  Tajuk ni memang membuka mata hati aku dan buat aku berfikir balik.  Ada benarnya kata-kata Hilal Asyraf tu.


Ni lah buku tu.  Suka sangat buku ni.  Cepat pergi beli ya korang!  =)

Jadi kembali kepada persoalan tadi, "apa yang aku boleh sumbangkan"?  Menurut Hilal Asyraf dalam buku di atas,cukuplah dengan menghargai apa yang kita ada.  Macam mana tu?  Macam ni, contohnya, korang ada tau mana-mana NGO yang selalu buat kerja-kerja sukarela ni, korang boleh join NGO tu.  Kemudian, kalau korang ada apa-apa bakat, korang boleh menggunakan bakat yang Allah bagi kat korang. Walaupun hanya dengan menulis dan berpuisi, korang boleh tolong ummah dengan menyuntik cecair kesedaran ke dalam jiwa-jiwa masyarakat kita.  Kalau ada duit sikit pun korang boleh jugak nak membantu.  Biar sedikit daripada takde langsung, iya dok?

So, kalau aku ni buat apa? Haha.. Dulu aku buat blog ni sebab terpengaruh dengan drama Melayu kat tv di samping niat aku nak berkongsi.  Tapi bila umur dah makin meningkat ni, aku mula luaskan lagi jajahan skop berkongsi tu.  Aku akan berkongsi apa saja kebaikan dan ilmu yang aku tau.  Mungkin entri-entri aku takdak la betul-betul nampak ilmiah sangat, asyik cerita pasal pengalaman hidup dan diri sendiri ja, tapi aku akan pastikan setiap entri aku tu aku selitkan pengajaran dan ilmu-ilmu yang aku tau. Kalau ilmiah sangat, macam boring pulak kan?  Come on, aku paham la jiwa muda-mudi ni macam mana. Haha..

Aku pernah baca satu entri dalam blog Fatin Liyana, kak FL cakap, dengan kutip sampah pun kita dah kira sumbangkan sesuatu.  Macam mana tu?  Ya lah, kita dapat ringankan kerja-kerja cleaners lepastu kita dapat make sure our environment ni dalam keadaan yang bersih lagi sejahtera. Hey come on la, kebersihan ni sebahagian daripada iman.  Cuba contohi orang Jepun tu, akhlak tip top kalah kita orang Islam ni tau.  Lepastu kalau ada baju-baju korang yang tak muat atau korang tak pakai, boleh bagi kat mana-mana rumah anak yatim atau orang miskin.  See, senang kan kalau nak constribute?  Kaya tu bukan syarat sah untuk korang menyumbang. 

Jadi tunggu apa lagi, ayuh muda mudi semua kita menyumbang! 



Kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara kelak.  =)


May Allah bless us, ameen...


Monday, March 24, 2014

CERITA CINTA...

Assalamu'alaikum...

Korang sihat? Alhamdulillah kalau sihat dan alhamdulillah jugak kalau korang tak sihat. Syafakillah/syafakallah aku ucapkan kalau ada yang tak sihat tu..Rajin-rajin makan ubat eh.. =)


"Cerita Cinta Ahmad Ammar", buku yang boleh membuatkan sesapa yang membacanya sebak dan menangis. Bak kata kakak lawyer aku, "baca buku ni 10 kali pun boleh menangis lagi", lebih kurang macam tu lah katanya. Dan aku baru ja beli buku ni tadi dan baru baca sampai muka surat 85. Tapi aku kena akui, sedih aku baca buku ni sampai mengalir jugak lah air mata aku. Dalam ni ada nukilan emak arwah Ammar untuk beliau.  Bila baca nukilan seorang ibu untuk seorang anak, mesti perasaan tu lain macam. Sebabnya ibu ni sayangnya kat anak-anak ni macam something yang precious. Tak boleh nak gambarkan macam mana.

Bila aku baca nukilan emak arwah Ammar yang menceritakan tentang segala perancangannya untuk arwah Ammar sepanjang zaman persekolah beliau, aku jadi sedih. Sedih aku bila mengingatkan pengorbanan seorang ibu. Dan automatik aku teringat mama aku.


Le mama at right in the picture. I cant believe that my mom gonna turn to 60 this July! For me, she's forever young. haha... Aku rasa tak banyak kot gambar aku dengan mama. Okay actually dengan family aku sebab nobody wanna snap me! Asyik aku yang kena tangkap gambar.  Kalau dengan kawan-kawan memang banyak la gambar aku. tsk tsk..

I'm the youngest in the family. Mama gave birth to me when she was 42 years old. It's something bizarre when a woman in that age got pregnant and as we know, there's lot of complications dan macam-macam lagi lah risiko macam anak tu nanti down syndrome, cacat dan senang kata tak normal. Tapi alhamdulillah, aku takdak la pulak macam tu kan.. But rezeki kan, dah Allah nak bagi. 

Dan bila jadi the youngest ni memang perhatian daripada parents tu macam lebih la kot, aku rasa. Sebab abang-abang dengan kakak semua dah besar. Orang selalu cakap anak bongsu ni manja, mintak apa ja mesti mak bapak bagi. Memang dari kecik la aku dengar macam ni. Aku rasa cliche dan stereotaip sebabnya aku tak macam tu. Totally different dengan gambaran anak bongsu yang selalu dimomokkan oleh orang. Tapi yang aku sangat pasti bila jadi bongsu ni harapan parents sangat tinggi. They always want the best for me and hoping for the best from me.

Kalau emak arwah Ammar rancang perjalanan hidup Ammar ke Turki selepas SPM. Mama aku pulak macam insisted aku ambik course farmasi dan cukup lah belajar dalam negara. I've no problem with that course sebab tu second choice aku. Ramai yang mencadangkan aku pilih course farmasi termasuk cikgu tuisyen addmath aku.  Adakah ini satu petunjuk yang membawa kepada jawapan istikharah aku?   

I always remember that my mom wants the best for me. So bila aku tak apply untuk masuk form 6, she was like furious sikit laa..dan dalam tempoh tunggu result SPM keluar, mama hantar aku pergi kelas menjahit. At first aku taknak. Tapi bila pergi beli barang-barang keperluan untuk mejahit, hati aku macam terbukak sikit nak ikut cakap mama. Then, uncle kedai tu pulak cakap," baguih belajaq menjahit. Tak ramai orang reti. Upah menjahit pun mahai la ni. Boleh buat baju sendiri la lepas ni". Zaapppp, terus aku rasa insaf macam mana entah lepas dengar uncle tu cakap. Terdetik kat hati aku, "ini tuntutan fardhu kifayah". So bermula lah hari-hariku pergi ke kelas menjahit. Dan aku kena akui, aku rasa seronok belajar menjahit. Mom's choice is the best, right? Walaupun aku ni macam selalu jugak berselisih pendapat dengan mama, but I always try to understand her. Kalau aku tak setuju atau tak suka, aku diam. Dan aku lebih suka berdiam daripada menyuarakan pendapat dan apa yang aku suka. Mungkin sebab tu pemikiran aku ni macam susah untuk difahami? erkkk..Bila result SPM dah umum Khamis hari tu, mama tanya apa perasaan aku. Aku jawab sambil senyum dan dengan muka yang konon control macho," Ala, takleh naik pentas la tahun ni". Maksud yang aku cuba sampaikan kat mama yang sebenarnya ialah," I'm so sorry mama, couldnt get straight A's for this SPM. Sorry for disappointing you". Tapi aku taktau mama paham tak maksud aku yang sebenarnya. Apasal la aku ni jenis yang tak suka tunjuk perasaan sebenar kat depan orang? 

 Peristiwa pada tahun 2003-2005 membuatkan aku bertekad untuk jadi keras, jangan menangis depan orang, nak sesuatu usaha sendiri dan jangan jadi lembik. Nak menangis, pastikan waktu bersendirian, waktu dalam solat dan dalam tandas. grrr~ Lepas tu ni lah kot hasilnya, hardcore semacam kat depan orang. Padahal sebenarnya lain..tsk tsk..

Aku berusaha untuk menjadi lebih lembut dan berbakti dengan sebaiknya pada parents, guru-guru, dan rakan-rakan. Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku meninggal waktu muda, agak-agak mama akan bangga tak dengan aku semasa hayat aku.? Kematian arwah Ammar menjadi kebanggan parents beliau sebab beliau mati dalam keadaan syahid. So aku? Aku berdoa supaya aku  dapat berbakti pada parents aku dan meninggal dalam keadaan husnul khatimah. 

Oh, aku taip entri ni cerita pasal mama aku bukan sebab hari ni hari ibu ataupun birthday mama aku. Aku saja ja sebab terkesan dengan cerita emak arwah Ammar. 

"Ya Allah ya tuhanku, ampunkan dosa kedua ibu bapa ku yang menjaga ku sejak dari kecil hingga dewasa..ameen.."


May Allah bless us, ameen...




Tuesday, March 18, 2014

HARI INI 18 MAC...

Assalamu'alaikum...

Kabare waras? Aku harap korang waras-waras saja. Aku ni macam tak ketahuan hala pulak minggu ni.
Sebabnya hari ni hari Selasa, lepastu esok Rabu lusa pulak Khamis! Khamis ni ada apa? Khamis ni ada hari untuk aku dan teman-teman seperjuangan menerima sekeping slip yang tertera nama subjek serta gred bagi subjek-subjek tersebut.  Tak dapat grab lagi apa yang aku explained tu?  Khamis ni dapat tau result SPM la korang. Saat Paling Manis sangat!

So sebenarnya aku pun taktau apa motif aku taip entri ni. Macam takdak faedah ja untuk korang. Mungkin aku boleh menagih sikit ehsan korang untuk mendoakan aku dan teman-teman seperjuangan agar kami semua dapat result yang cemerlang di mana dapat menggembirakan hati kedua ibu bapa kami serta guru-guru kami. Andai result yang kami terima itu tidak seperti yang kami inginkan, kami berharap agar kami redha dan menerimanya dengan hati yang tenang. Kerana Allah itu sebaik-baik perancang.

Aku nak mintak maaf jugak kat korang yang membaca blog aku ni kalau-kalau ada sebahagian penulisan aku yang agak kasar dan merepek serta tidak mempunyai matlamat serta motif seperti entri ini..Sedih pulak aku dengan diri sendiri.

Rabbi yassir wa la tu'assir ya Kareem...



Gambar zaman muda. Omeyy sangat telur dan mixer jadi prop. Try to spot me. Aku tau muka dan warna kulit aku beza dengan sekarang. Haha..


# terharu aku bila kak Dila Jamalia (blogger kacangberangan) tegur aku dan tanya, "awak yang blogger dulu tu kan?"..Tak sangka kehadiran aku di dunia blog pada tahun 2009 disedari.. =)

#prayforMH370  #prayforSPM2013

May Allah bless us, ameen...


Thursday, March 13, 2014

MENARILAH...

Assalamu'alaikum...

Wahai pena,
menarilah.

Menarilah engkau,
dengan bahasa,
yang lemah gemalai,
agar rentakmu itu,
bisa menyentuh dan menyiram,
jiwa yang kian gersang.

Wahai pena,
menarilah.

Menarilah engkau,
dengan bahasa,
yang penuh memikat,
agar redha juga berkat,
kepunyaan sang Khaliq,
dapat kau miliki.

Wahai pena,
menarilah.

Menarilah engkau,
dengan penuh lincah,
kelak apabila diriku pergi,
tarian engkau masih diingati,
moga bisa menjadi,
bekalan disana kelak.

5:50 p.m  13032014



Gunalah pena pelbagai warna ketika membuat nota agar mudah melekat di minda. Eheh? Sempat lagi tuu..



#prayforMH370

May Allah bless us, ameen...




Thursday, March 6, 2014

SI PENGHENDAP...

Assalamu'alaikum...

Korang apa khabar? Say alhamdulillah tau kalau korang sihat ataupun kurang sebab masih ada kesempatan untuk hidup.. =)

Apahal tajuk entri aku ni macam lawak la pulak aku rasa. Penghendap tu padahal dok sebut stalker. Haha, stalker tu korang tau la kan macam mana. Ala, kat social networks tu berlambak stalker.

Stalker ialah orang yang selalu stalk profile someone sama ada kat facebook, twitter mahupun instagram. Aku mengaku aku ni stalker. Aku selalu stalk instagram bloggers yang aku suka. Rasa terinspirasi gitteww. Tapi yang aku tak berapa gemarnya stalker yang dok stalk profile someone sebab nak busybody atau sebab ada sekelumit rasa tak puas hati dengan orang tu. Acewah ayat karangan betul ni, guna word sekelumit.

Aku bagi contoh la kan, seorang perempuan bernama Peah ada boyfriend nama Meon. Meon ni ada la kawan dengan beberapa orang perempuan. Kawan biasa la kan.. Tapi Meon ni selalu jugak la contact dengan salah seorang kawan perempuannya yang bernama Jemah atas sebab kerja. Lepastu Peah ni dapat tau si Meon tu selalu contact dengan Jemah. Hangin la si Peah ni kan. Peah pun menambah (add) Jemah sebagai kawan di facebook. Dan bermula lah aktiviti Peah menghendap si Jemah. Berpura-pura mesra dengan si Jemah dan berlagak macam kenal yang amat dengan Jemah ni. Padahal Jemah ni haremm tak kenal pun dengan si Peah ni. Sebab apa si Peah ni macam tu? Ha, sebabnya dia nak tau la Jemah ni ada apa-apa hubungan tak dengan si Meon.

Aku serius tak suka dengan golongan stalker yang macam ni tau. Stalk orang sebab ada rasa tak puas hati ataupun sebab ingat orang tu nak rampas kau punya buayafriend ataupun gelifriend. Tapi selalu lelaki ni stalk orang dia suka ja aku rasa. Tak macam perempuan stalk dah macam CSI. Come on la, macam takda faedah ja. Unless la kau stalk orang tu sebab kau rasa terinspirasi dengan orang tu atau kau nak berjaya macam dia ataupun kau suka peribadi dia.

Aku bukan nak emo ka apa, cuma aku rasa terpanggil pulak nak menulis isu ni. Kepada penghendap-penghendap yang menghendap sebab ada perasaan yang kurang baik tu, aku harap korang stop la. Baik kau menghendap orang-orang yang berilmu, ambik ilmu yang bermanfaat lagi berguna. Hidup di dunia maya yang penuh ilusi serta anasir jahat ni memang menyeramkan lebih seram daripada tengok filem "Jangan Pandang Belakang". Aku harap ada la mesej yang boleh korang paham daripada entri aku ni.

May Allah bless us, ameen...