Pages

Sunday, March 30, 2014

APA YANG BOLEH AKU SUMBANGKAN?

Assalamu'alaikum...

Apa khabar?  Harap korang sihat selalu ya!  =)

Aku ni kekadang dok tertanya-tanya jugak kat diri sendiri ni, apa yang aku boleh sumbangkan untuk orang ramai?  Ya la kan, aku ni hanyalah seorang pemudi biasa yang tinggal di pinggir bandar.  Eh, pinggir ka? Tapi walaupun aku hanyalah pemudi biasa, tak semestinya aku ni tak boleh nak buat apa-apa yang boleh bagi manfaat untuk orang, kan?

Aku tertarik dengan salah satu tajuk dalam buku "Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati" yang Hilal Asyraf dengan Aiman Azlan tulis tu. Dalam tu Hilal Asyraf ada sebut "kalau aku kaya nanti, aku akan tolong ummah".
So, aku syak mesti ramai kan yang pikir macam tu, kan?

"Kalau aku kaya, aku nak bagi van jenazah sebijik kat masjid tu".

"Kalau aku kaya, aku nak pergi Afrika, ambik bebudak tu semua jadi adik angkat aku".

"Kalau aku kaya, aku nak bina banglo 7 tujuh tingkat, letak semua gelendangan kat situ".

"Kalau aku kaya, hari-hari hari raya".  Eh, ni bukan lagu Altimet ft Awi Rafael ka?

Monolog di atas tu semua rekaan aku ja.

So menurut Hilal Asyraf, tak semestinya kita kena kaya baru boleh tolong ummah, sumbangkan sesuatu untuk ummah.  Sebab persoalannya sekarang ni, bila kita nak jadi kaya?  Kan? Kalau nak tunggu kaya tu, sampai mati la kot tak kaya-kaya.  Sebab bila duit dah banyak, cara hidup pun tentu la nak mewah kan. Nak beli yang branded gitu. Fulus pun flow like river water in the jungle la.  Tajuk ni memang membuka mata hati aku dan buat aku berfikir balik.  Ada benarnya kata-kata Hilal Asyraf tu.


Ni lah buku tu.  Suka sangat buku ni.  Cepat pergi beli ya korang!  =)

Jadi kembali kepada persoalan tadi, "apa yang aku boleh sumbangkan"?  Menurut Hilal Asyraf dalam buku di atas,cukuplah dengan menghargai apa yang kita ada.  Macam mana tu?  Macam ni, contohnya, korang ada tau mana-mana NGO yang selalu buat kerja-kerja sukarela ni, korang boleh join NGO tu.  Kemudian, kalau korang ada apa-apa bakat, korang boleh menggunakan bakat yang Allah bagi kat korang. Walaupun hanya dengan menulis dan berpuisi, korang boleh tolong ummah dengan menyuntik cecair kesedaran ke dalam jiwa-jiwa masyarakat kita.  Kalau ada duit sikit pun korang boleh jugak nak membantu.  Biar sedikit daripada takde langsung, iya dok?

So, kalau aku ni buat apa? Haha.. Dulu aku buat blog ni sebab terpengaruh dengan drama Melayu kat tv di samping niat aku nak berkongsi.  Tapi bila umur dah makin meningkat ni, aku mula luaskan lagi jajahan skop berkongsi tu.  Aku akan berkongsi apa saja kebaikan dan ilmu yang aku tau.  Mungkin entri-entri aku takdak la betul-betul nampak ilmiah sangat, asyik cerita pasal pengalaman hidup dan diri sendiri ja, tapi aku akan pastikan setiap entri aku tu aku selitkan pengajaran dan ilmu-ilmu yang aku tau. Kalau ilmiah sangat, macam boring pulak kan?  Come on, aku paham la jiwa muda-mudi ni macam mana. Haha..

Aku pernah baca satu entri dalam blog Fatin Liyana, kak FL cakap, dengan kutip sampah pun kita dah kira sumbangkan sesuatu.  Macam mana tu?  Ya lah, kita dapat ringankan kerja-kerja cleaners lepastu kita dapat make sure our environment ni dalam keadaan yang bersih lagi sejahtera. Hey come on la, kebersihan ni sebahagian daripada iman.  Cuba contohi orang Jepun tu, akhlak tip top kalah kita orang Islam ni tau.  Lepastu kalau ada baju-baju korang yang tak muat atau korang tak pakai, boleh bagi kat mana-mana rumah anak yatim atau orang miskin.  See, senang kan kalau nak constribute?  Kaya tu bukan syarat sah untuk korang menyumbang. 

Jadi tunggu apa lagi, ayuh muda mudi semua kita menyumbang! 



Kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara kelak.  =)


May Allah bless us, ameen...


6 comments:

Az-zahrah Md Daud said...

so true! kalau nak tau macamana kita waktu kaya,try nilai diri kita waktu sekarang. kalau dalam keadaan biasa2 pun dah ada sifat pemurah, insya-Allah once jadi super kaya pun akan tetap dgn sifat tu =)

Nur Najihah said...

Az-Zahrah Md Daud: ya, ada yg istiqamah dgn pemurah walau dh kaya..tapi ada jgk yg mula jadi "lain"..jadi yg penting, sentiasa ingat kekayaan kita tu bukan kita punya. utk istiqamah pemurah, ingat selalu, harta yg kita infaq tu sebenarnya milik kita..yg kita simpan tu belum tentu jadi milik kita..thanks reading!

Az-zahrah Md Daud said...

yeap, apa yang diinfaq = saham kekal untuk akhirat. so, nak ada sifat nie kena didik since kecik. kalau yg dah tak berapa nak 'kecik' tuh, kena 'polish' selaluu. baru la sifat nie tak 'berkarat'. ^___^

Nur Najihah said...

Az-Zahrah Md Daud : yeap..nice!

Izzati Amira said...

suka tgok budak2 kecik... tgok muka dorg buat saya gelak sengsorang..ngeee

Nur Najihah said...

Izzati Amira:kann, suka jgk tambah2 tgk gelagat dorang...thanks for reading! =)