Pages

Monday, March 24, 2014

CERITA CINTA...

Assalamu'alaikum...

Korang sihat? Alhamdulillah kalau sihat dan alhamdulillah jugak kalau korang tak sihat. Syafakillah/syafakallah aku ucapkan kalau ada yang tak sihat tu..Rajin-rajin makan ubat eh.. =)


"Cerita Cinta Ahmad Ammar", buku yang boleh membuatkan sesapa yang membacanya sebak dan menangis. Bak kata kakak lawyer aku, "baca buku ni 10 kali pun boleh menangis lagi", lebih kurang macam tu lah katanya. Dan aku baru ja beli buku ni tadi dan baru baca sampai muka surat 85. Tapi aku kena akui, sedih aku baca buku ni sampai mengalir jugak lah air mata aku. Dalam ni ada nukilan emak arwah Ammar untuk beliau.  Bila baca nukilan seorang ibu untuk seorang anak, mesti perasaan tu lain macam. Sebabnya ibu ni sayangnya kat anak-anak ni macam something yang precious. Tak boleh nak gambarkan macam mana.

Bila aku baca nukilan emak arwah Ammar yang menceritakan tentang segala perancangannya untuk arwah Ammar sepanjang zaman persekolah beliau, aku jadi sedih. Sedih aku bila mengingatkan pengorbanan seorang ibu. Dan automatik aku teringat mama aku.


Le mama at right in the picture. I cant believe that my mom gonna turn to 60 this July! For me, she's forever young. haha... Aku rasa tak banyak kot gambar aku dengan mama. Okay actually dengan family aku sebab nobody wanna snap me! Asyik aku yang kena tangkap gambar.  Kalau dengan kawan-kawan memang banyak la gambar aku. tsk tsk..

I'm the youngest in the family. Mama gave birth to me when she was 42 years old. It's something bizarre when a woman in that age got pregnant and as we know, there's lot of complications dan macam-macam lagi lah risiko macam anak tu nanti down syndrome, cacat dan senang kata tak normal. Tapi alhamdulillah, aku takdak la pulak macam tu kan.. But rezeki kan, dah Allah nak bagi. 

Dan bila jadi the youngest ni memang perhatian daripada parents tu macam lebih la kot, aku rasa. Sebab abang-abang dengan kakak semua dah besar. Orang selalu cakap anak bongsu ni manja, mintak apa ja mesti mak bapak bagi. Memang dari kecik la aku dengar macam ni. Aku rasa cliche dan stereotaip sebabnya aku tak macam tu. Totally different dengan gambaran anak bongsu yang selalu dimomokkan oleh orang. Tapi yang aku sangat pasti bila jadi bongsu ni harapan parents sangat tinggi. They always want the best for me and hoping for the best from me.

Kalau emak arwah Ammar rancang perjalanan hidup Ammar ke Turki selepas SPM. Mama aku pulak macam insisted aku ambik course farmasi dan cukup lah belajar dalam negara. I've no problem with that course sebab tu second choice aku. Ramai yang mencadangkan aku pilih course farmasi termasuk cikgu tuisyen addmath aku.  Adakah ini satu petunjuk yang membawa kepada jawapan istikharah aku?   

I always remember that my mom wants the best for me. So bila aku tak apply untuk masuk form 6, she was like furious sikit laa..dan dalam tempoh tunggu result SPM keluar, mama hantar aku pergi kelas menjahit. At first aku taknak. Tapi bila pergi beli barang-barang keperluan untuk mejahit, hati aku macam terbukak sikit nak ikut cakap mama. Then, uncle kedai tu pulak cakap," baguih belajaq menjahit. Tak ramai orang reti. Upah menjahit pun mahai la ni. Boleh buat baju sendiri la lepas ni". Zaapppp, terus aku rasa insaf macam mana entah lepas dengar uncle tu cakap. Terdetik kat hati aku, "ini tuntutan fardhu kifayah". So bermula lah hari-hariku pergi ke kelas menjahit. Dan aku kena akui, aku rasa seronok belajar menjahit. Mom's choice is the best, right? Walaupun aku ni macam selalu jugak berselisih pendapat dengan mama, but I always try to understand her. Kalau aku tak setuju atau tak suka, aku diam. Dan aku lebih suka berdiam daripada menyuarakan pendapat dan apa yang aku suka. Mungkin sebab tu pemikiran aku ni macam susah untuk difahami? erkkk..Bila result SPM dah umum Khamis hari tu, mama tanya apa perasaan aku. Aku jawab sambil senyum dan dengan muka yang konon control macho," Ala, takleh naik pentas la tahun ni". Maksud yang aku cuba sampaikan kat mama yang sebenarnya ialah," I'm so sorry mama, couldnt get straight A's for this SPM. Sorry for disappointing you". Tapi aku taktau mama paham tak maksud aku yang sebenarnya. Apasal la aku ni jenis yang tak suka tunjuk perasaan sebenar kat depan orang? 

 Peristiwa pada tahun 2003-2005 membuatkan aku bertekad untuk jadi keras, jangan menangis depan orang, nak sesuatu usaha sendiri dan jangan jadi lembik. Nak menangis, pastikan waktu bersendirian, waktu dalam solat dan dalam tandas. grrr~ Lepas tu ni lah kot hasilnya, hardcore semacam kat depan orang. Padahal sebenarnya lain..tsk tsk..

Aku berusaha untuk menjadi lebih lembut dan berbakti dengan sebaiknya pada parents, guru-guru, dan rakan-rakan. Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku meninggal waktu muda, agak-agak mama akan bangga tak dengan aku semasa hayat aku.? Kematian arwah Ammar menjadi kebanggan parents beliau sebab beliau mati dalam keadaan syahid. So aku? Aku berdoa supaya aku  dapat berbakti pada parents aku dan meninggal dalam keadaan husnul khatimah. 

Oh, aku taip entri ni cerita pasal mama aku bukan sebab hari ni hari ibu ataupun birthday mama aku. Aku saja ja sebab terkesan dengan cerita emak arwah Ammar. 

"Ya Allah ya tuhanku, ampunkan dosa kedua ibu bapa ku yang menjaga ku sejak dari kecil hingga dewasa..ameen.."


May Allah bless us, ameen...




No comments: