Pages

Thursday, March 6, 2014

SI PENGHENDAP...

Assalamu'alaikum...

Korang apa khabar? Say alhamdulillah tau kalau korang sihat ataupun kurang sebab masih ada kesempatan untuk hidup.. =)

Apahal tajuk entri aku ni macam lawak la pulak aku rasa. Penghendap tu padahal dok sebut stalker. Haha, stalker tu korang tau la kan macam mana. Ala, kat social networks tu berlambak stalker.

Stalker ialah orang yang selalu stalk profile someone sama ada kat facebook, twitter mahupun instagram. Aku mengaku aku ni stalker. Aku selalu stalk instagram bloggers yang aku suka. Rasa terinspirasi gitteww. Tapi yang aku tak berapa gemarnya stalker yang dok stalk profile someone sebab nak busybody atau sebab ada sekelumit rasa tak puas hati dengan orang tu. Acewah ayat karangan betul ni, guna word sekelumit.

Aku bagi contoh la kan, seorang perempuan bernama Peah ada boyfriend nama Meon. Meon ni ada la kawan dengan beberapa orang perempuan. Kawan biasa la kan.. Tapi Meon ni selalu jugak la contact dengan salah seorang kawan perempuannya yang bernama Jemah atas sebab kerja. Lepastu Peah ni dapat tau si Meon tu selalu contact dengan Jemah. Hangin la si Peah ni kan. Peah pun menambah (add) Jemah sebagai kawan di facebook. Dan bermula lah aktiviti Peah menghendap si Jemah. Berpura-pura mesra dengan si Jemah dan berlagak macam kenal yang amat dengan Jemah ni. Padahal Jemah ni haremm tak kenal pun dengan si Peah ni. Sebab apa si Peah ni macam tu? Ha, sebabnya dia nak tau la Jemah ni ada apa-apa hubungan tak dengan si Meon.

Aku serius tak suka dengan golongan stalker yang macam ni tau. Stalk orang sebab ada rasa tak puas hati ataupun sebab ingat orang tu nak rampas kau punya buayafriend ataupun gelifriend. Tapi selalu lelaki ni stalk orang dia suka ja aku rasa. Tak macam perempuan stalk dah macam CSI. Come on la, macam takda faedah ja. Unless la kau stalk orang tu sebab kau rasa terinspirasi dengan orang tu atau kau nak berjaya macam dia ataupun kau suka peribadi dia.

Aku bukan nak emo ka apa, cuma aku rasa terpanggil pulak nak menulis isu ni. Kepada penghendap-penghendap yang menghendap sebab ada perasaan yang kurang baik tu, aku harap korang stop la. Baik kau menghendap orang-orang yang berilmu, ambik ilmu yang bermanfaat lagi berguna. Hidup di dunia maya yang penuh ilusi serta anasir jahat ni memang menyeramkan lebih seram daripada tengok filem "Jangan Pandang Belakang". Aku harap ada la mesej yang boleh korang paham daripada entri aku ni.

May Allah bless us, ameen...





2 comments:

Az-zahrah Md Daud said...

Love this entry very much! haha. I yang baca nie pun tiba2 rasa hangen pulak. Stalker yang jenis nie ada determination yang tinggi which is good. but salah tempat la pulak nak jadi determined pun. Peah tu confirm akan rasa tak tenang and sifat2 mazmumah akan mula menguasai diri.

Nur Najihah said...

Az-Zahrah: kalm down sister..haha..tu lah, salah tmpt pulak pakcik determination tu..yeap, Peah tu akn rasa tergugat sensorang pastu bila tau Jemah tu nothing special dgn Meon, confirm malu lps tuu..thanks for reading!