Pages

Saturday, May 24, 2014

FIGHTING, MY GIRLFRIENDS!

Assalamu'alaikum...

Korang apa khabar?  Alhamdulillah, aku sihat ja cuma sekarang busy sikit buat preparations untuk masuk U. Hmm lepas ni taktau la sama ada aku akan ada masa atau tak untuk update blog ni. T.T

So Selasa lepas Timah buat kenduri kesyukuran sebab dia nak pergi sambung study kat USIM. Kitorang ni pun pergi la kenduri dia.  Alang-alang tu boleh gather, selfie berjemaah.  Eh?  Haha..

Time kenduri Timah tu lah last time aku jumpak dorang ni. Lepastu masing-masing pakat pergi negeri yang terpilih untuk sambung study.



 Le girlfriends yang suka selfie.  Haha, aku ja yang noob nak selfie. Lepas ni time raya pulak kot baru boleh nak jumpak. =)



Love this photos so much! Konon-konon potret raya untuk tahun ni.  Seriously girls, I gonna miss you all. 



Anyonyo girlfriends kite omeyy sangat..Stay cute always okay? =)



Lepastu Khamis lepas aku dengan girlfriends sekolah rendah pergi la melawat sekolah kitorang.  Dah semua pakat nak sambung study kan, wajiblah pergi ke sekolah lama untuk jumpak cikgu-cikgu dan memohon restu agar semuanya berjalan lancar.  Baru lah tak digelar murid derhaka kau tau.  Padahal aku pergi pun tak jumpak dengan semua cikgu.  Sedih ar cenggini.





Ni lah girlfriends iollss sejak sekolah rendah.  Sekolah menengah pun satu sekolah jugak.  Bye uollss, lepas ni kita gather lagi okay pastu boleh exchange cerita pasal tempat study masing-masing.

Kepada girlfriends aku yang tercinta, study elok-elok tau kat tempat masing-masing. Cari kawan tu biar yang sopan dan baik akhlaknya. Kalau ada masa, boleh lah kita berkepochi kat whatsapp. Hahaha..
Belajar tu pulun tau bagi dapat 4 leper. Jaga nama baik keluarga dan sekolah. Dan yang penting jaga akhlak dan maruah. Kalau ada mana-mana mamat yang dok usha atau stalk korang meh sini bagitau aku, biar aku cepuk dorang. Jangan kacau girlfriends iteww sebab iteww ni garang tau!! Cehh, over pulak aku.

Gonna miss you girls.  Nanti raya jumpak lagi insya-Allah.  =) Take care uollss..

May Allah bless us, ameen...









Wednesday, May 14, 2014

EXAM MODE...

Assalamu'alaikum...

Korang apa khabar?  Ya aku tau lama gila kan aku tak update blog.  Aku harap takdak yang boikot blog aku ni sebab lama nau tak update.  Haha, dah kenapa bajet macam ramai readers ni?

Sekarang ni dah nak masuk pertengahan bulan 5.  Aku bukak fb ada status pasal exam.  Aku bukak instagram, ada jugak post gambar pasal exam.  Oh patutlah, memang sekarang musim exam la.  Lupa pulak aku  semenjak tak jadi pelajar sekolah ni kan.  Hewhew..

Disebabkan aku ni selalu lah jugak keep in touch dengan sorang junior aku ni, maka aku alert la sikit pasal exam dorang.  Dorang exam 4 minggu.  Kawan-kawan aku yang ambik STAM pulak mid-year exam dorang start hari ni.  All the best, juniors and friends!

Senior aku yang study kat Jordan tu pun nak final exam gak.  Tapi aku taktau pulak the actual date dia nak exam.  Apa-apa pun, bittaufiq wan najah!  Keep praying okay?




Good luck junior Shakirah and dearest girlfriends!  Yang dua orang baju hijau tu terkecuali okay.


Good luck, senior!  Jawab exam molek deh, pahtu kelik malaysia cuti deh.  =)


"Ya Allah ya tuhanku, kau permudahkanlah para junior, rakan-rakan serta senior-senior aku untuk menjawab exam.  Tenangkanlah jiwa mereka dan berilah ilham dan idea kepada mereka untuk menjawab exam. Ameen.."


May Allah bless us, ameen...