Pages

Wednesday, June 4, 2014

AKTIVITI LEPAS SPM...

Assalamu'alaikum...

Korang sihat? Say Alhamdulillah untuk nikmat sihat tu. Kejap ja kan dah masuk bulan Jun. Aku nervous pulak bila dah masuk Jun ni. Adrenaline rush gitteww. So since aku dah nak enroll universiti sabtu ni, aku nak share la dengan korang apa aktiviti aku sepanjang cuti hampir 5 bulan selepas SPM.

Okay sebenarnya aku pun tak expected yang aku akan buat benda ni. Serius aku cakap weyh, aku memang tak suka tahap dewa benda ni. Sebab aku rasa complicated nau. Tapi disebabkan mama aku suruh, terpaksa la kurelakan jiwa. Relax my readers, jangan pikir benda teruk dan mustahil yang aku buat. Aku pergi kelas menjahit ja pun. Aku joined kelas tu dulu memang heartless feelingless emoticonless semua lerss. Sebab macam aku cakap, aku rasa complicated la bab-bab menjahit ni. Aku ni dah la tak berseni.

Tapi makin lama aku selami dan selusuri ilmu jahitan ni (acewah gaya macam khatam jahitan semua jenis baju)aku mula rasa enjoy pula. Rasa macam eh tak susah sangat la, biasa ja. Ala tapi normal la kan kalau first time tu asyik kena rujuk cikgu, makcik-makcik dengan kawan-kawan, pastu kena tetas balik jahitan tu. Normal tu semua beb. Proses pembelajaran memang macam tu. Mana ada terus terer tanpa sebarang kesilapan. =)

Alhamdulillah, aku dah berjaya jahit 6 helai baju. Aku sendiri tak percaya kot aku boleh buat benda yang memang aku tak pernah bayangkan dulu. Bermula dengan jahit blouse sebagai asas, then aku jahit sepasang baju kurung kemudian maxi  dress. Maxi dress ni la aku paling suka sebab sekejap ja nak menjahitnya. Aku jahit maxi dress dua pasang sebagai bukti bahawa senangnya nak menjahit maxi dress tu. Kalau baju kurung tu aku tak suka part nak jahit kain. Haha..

Selain aku jahit baju aku, aku ada jugak jahitkan untuk mama sekali. Sehelai blouse dan sepasang jubah. Okay time nak jahit jubah ni memang azab la. Sebab design tu complicated bagi aku yang amatur tahap picisan ni. Aku rasa 2 minggu lebih kot aku ambik masa nak siapkan jubah mama. Dan jubah mama tu lah baju yang last aku jahit. Pastu aku berhenti dah. Hahaha.


Bahagian depan jubah. Poket bahagian depan yang ada list kuning tu. First time aku buat rasa macam azab.


Close-up bahagian poket.


  Bahagian belakang jubah. Bahagian belakang takdak problem. Sonang jo.



Close-up bahagian belakang. Ada pleate kat belakang. Haih aku tak reti nak eja la macam mana istilah jahitan ni. Asalkan aku paham sudah. Korang pun buat-buat paham la.


Close-up bahagian pergelangan tangan.  First time jugak buat cuff. Tak susah sangat tapi kalau nak suruh aku buat sekatang ni, confirm aku lupa dah. Hahaha..

So tu jubah mama. Maybe bagi korang kat luar sana yang expert menjahit ni tengok macam kacang goreng ja nak jahit jubah ni. Haha, well nama pun aku ni amatur, design macam ni pun aku rasa tension dah nak menjahit. Tetas banyak kali pulak tu. Aku tabik spring la dengan tailors yang terer jahit baju yang design-design gempak meletop ala diva tu.



Aku yang pakai baju purple di hujung sebelah kanan. Tu lah baju yang aku jahit. 




Ni maxi dress yang kedua. Gambar maxi dress yang pertama hilang entah ke mana.  Gambar-gambar aku setengah dah hilang! Aigoo~


Hari last aku pergi kelas, cikgu terharu dapat hadiah dariapada weollss. Terima kasih cikgu ajar saya dengan kawan-kawan menjahit. From zero to boleh la daripada taktau langsung.  =)

Tu lah aktiviti aku masa cuti sementara tunggu nak masuk U ni. Alhamdulillah, dapat jugak ilmu sikit daripada aku tak buat apa kan. So kawan-kawan, let's try figure out something benefits for us. Sementara masih muda lagi ni kan.

Alang-alang ni kan, aku pun nak mintak maaf jugak kalau sepanjang aku berblogging ni ada salah dan silap sama ada aku sedar atau tak. Mintak maaf kalau ada entri yang tak berfaedah, merapu buang karan ja kan korang baca. Thanks korang sebab baca dan layan entri-entri aku ni. Tanpa korang, tak bermakna lah blog aku ni. Aku nak mintak jasa baik korang untuk doakan aku dan jugak kawan-kawan aku dalam menempuh alam baru untuk kitorang iaitu alam universiti. Doakan urusan pembelajaran kitorang dipermudahkan dan senang nak sedut semua ilmu. Aku tau readers blog aku ni semua rajin berdoa dan memohon kepada Allah, so aku harap doa korang semua dimaqbulkan. Doa yang baik-baik ja tau untuk kitorang. Nanti bila lapang aku update lagi. Aiseh apasal aku touching pulak. Korang jangan meluat pulak dengan aku. Haha.. Thanks korang support aku. Korang memang meletop!


May Allah bless us, ameen...




14 comments:

Waffa Rohhimi said...

Cun jgk. Mama kata apa? Btw may Allah bless and ease everything. Allahumma ja'alna minal faizat wal solihat wal mukminat fi dunya wal akhiroh~ aminn. Ganbate bohh!

With love ♥

Nur Najihah said...

Kata okay la sbb ikut design baju yg mama suka sblm ni. Ameen ameen ameen! Thank you for reading..may Allah bless us..ameen!

Waffa Rohhimi said...

Alhamdulillah.. Try bt purdahh satu. Kain chiffon warna hitam. Hoho. Allahumma amin thumma amin.. :)

Amirussalam Aswadi said...

perrrhhh !! hebat blog dia... bkn calang2 org ni... kikikikiki... buat bj melayu utk raya kat aq stu... kaler pink... ~kuang3
#keUIAkekita
haha

Nur Najihah said...

Amirussalam Aswadi: weee, thanks for reading! iollss terharu. hahaha..mana ada hebat, biasa ja ni. ntah readers ada ka dak pn tktau. baju melayu? erm, pi beli hat siap dh la senang. hahahaa..jalan tar kan byk. ekeke..uis suka pink ka? mamat jambu ni. kuang3.

#kekoreakekita

sakinah said...

cun. pandai jahit..

Nur Najihah said...

sakinah: haha..budak baru belajar. boleh la sikit2. thanks for reading!

Ain Atika Zailani said...

amboi.. pandainya menjahit. nanti boleh jadi fashion designer. hehhe goodluck dear

Nur Najihah said...

Ain Atika Zailani: haha. fashion designer? in sha Allah ameen. apa2 yg baik kita ameenkan saja. thanks for reading! goodluck too dear. =)

Chqz said...

fuiyo 6 helai baju?? akak suka menjahit jugak, tapi bukan baju, but crafts :)

good luck nnt dekat U. agak agak kalau nak melencong jadi medical student, singgah la blog hehe

teratak Haeida said...

tahniah dik...dapat ilmu menjahit g..akak pun x pandai menjahit...dulu ada la juga nak belajar..tapi fikir kalo dah belaja x beli mesin jahit rugi plak..last2 tempah je baju kat orang..hehhhe..

http://teratakvitaminhaeida.blogspot.com/

nurul said...

pandainye jahit jubah adik ni ..
truskan usaha :)

Anonymous said...

kelas tu dekat mana ehhh

Nur Najihah said...

Kelas tu kat Kemas Alor Setar,Kedah. Belakang KUIN.