Pages

Thursday, October 30, 2014

KEBAHAGIAAN DAN KEPUASAN HIDUP YANG SEBENAR..


Assalamu'alaikum..

Apa khabar semua?  Harap korang semua sihat dan selalu berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Aku ada terbaca satu post instashop ni kat instagram," kebahagiaan dan kepuasan hidup yang sebenar adalah apabila kita memberi.  Saat kita membahagiakan orang lain atau membantu memudahkan kehidupan orang lain, akan ada rasa satu kepuasan yang hadir dalam hati."  And I totally agree with this statement.  Do you feel that way too?

Jadi kat sini aku nak share sikit pasal pengalaman aku.  Haha, bukanlah apa sangat pun. Cuma aku saja la nak share.  Tiada niat lain okay.

Insiden ni berlaku waktu bulan 9 lepas, masa tu kat CFS ada event IQFest.  Kisahnya begini,

"Aku berjalan  menuju ke Al-Malik Faisal Hall(AMF) setelah tamatnya kelas pada petang itu.  Sambil berjalan, tanganku memegang telefon pintar dan mataku tertumpu pada skrin telefon tersebut. Membaca mesej-mesej whatsapp usai kelas menjadi tabiatku. Sedang aku berjalan sambil membaca mesej whatsapp, tiba-tiba seorang brother lari dalam keadaan tergopoh-gapah sebelah aku.  Waktu dia dah lari sampai hadapan aku, aku ternampak duit tercicir daripada poket seluarnya.  Aku pun terus ambil duit tu dan memanggil brother tadi dengan suara yang agak kuat. "Brother, brother!". Tetapi malang seribu kali malang, brother tu tak dengar dan terus berlari.  Aku pun apa lagi geram sebab brother tadi tak dengar kan, aku pun berlari mengejar dia sampai lah aku tiba di hadapan AMF, aku dah hilang jejak brother tu.  Mata aku melilau di sekitar perkarangan AMF, mencari kelibat sang brother.  Tapi hampa, tak nampak.  Dah lesap.  Laju benar kau lari ya brother.  Aku pun masuk lah ke dalam AMF dan tanya kawan-kawan aku, ada nampak tak seorang brother yang pakai baju melayu warna biru masuk situ.  Aku tidak menemukan jawapan daripada mereka.  Kecewa sebab tak dapat pulangkan duit tu, aku letakkan dulu duit tersebut di atas meja dalam AMF.  Disebabkan panas dan penat mengejar brother baju melayu biru tadi, aku mengambil keputusan untuk membeli air di Coop Mart.  Tiba giliran untuk aku membayar air tersebut, mataku tertacap pada satu susuk tubuh di hadapan aku.  Hah, brother baju melayu biru tadi!  Alhamdulillah, aku jumpa jugak dia akhirnya. 

Aku pun terus tegur brother tersebut, " brother, tadi time brother lari, duit brother tercicir.  Duit tu ada kat AMF.  Jom lah pergi ambik duit tu, kat AMF ya."  Brother tersebut pun membalas, " ye ke? Okay."  Balas si brother sambil tersenyum.  Aku pun turut tersenyum gembira.  Setelah membayar air yang aku beli, aku kembali ke AMF.  Waktu masuk ke dalam AMF, aku pergi kat kawan aku dan cakap, "yeay, dah jumpa dah brother tu! Yeah!!".  Beberapa minit kemudian, sang brother pun masuk ke dalam AMF dan matanya melilau-lilau.  Mencari aku mungkin.  Setelah dia ternampak aku, dia menghampiri aku.  Aku pun dengan penuh teruja ambil duit yang tercicir tadi dan menyerahkan kepada si brother.  Si brother tadi menyambut duit tersebut dan bertanya, "betul ni duit saya punya?". Aku pun menjawab, " ya betul, jatuh time brother lari tadi."  Si brother pun yakin untuk mengambil duit tersebut dan mengucapkan terima kasih.  Sang brother pun keluar daripada AMF."

Sekian kisah di atas.  Aku taktau kenapa aku rasa puas dan gembira yang amat bila aku dapat kembalikan duit yang tercicir tadi kat brother tu.  Walaupun cuma sekeping RM 1 bukannya RM 50 lepastu buruk dan lembik pulak duit tu, tapi aku tetap insisted untuk cari tuan punya duit tu dan pulangkan kepadanya.  Time aku jumpa brother tu memang aku happy dan bersyukur sangat sebab Allah tolong aku untuk menjejaki brother tu.  Alhamdulillah. 

Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah, apabila kita berusaha untuk memulangkan sesuatu barang kepada orang yang berhak iaitu tuannya, kita akan rasa dan gembira dan puas.  Mana tau la kan, dengan duit RM 1 yang buruk tu brother tu nak buat apa kan, buat something yang penting ka kan. So secara tak langsung aku telah menolong brother tersebut.  Dan sebab itulah aku rasa puas sangat bila boleh kembalikan duit tu.  Alhamdulillah.

So korang, dalam hidup ni kita kena banyak memberi dan menolong orang.  Jangan hanya nak menerima dan pentingkan diri sendiri.  Percaya lah, bila kita memberi, kita akan rasa gembira.  Bila kita tolong orang, mudahkan urusan orang lain, kita akan rasa puas dan bahagia.  Give something and in shaa Allah our lives will be more meaningful.  Mulai hari ni, jom kita semua berazam untuk banyakkan memberi dan menolong orang-orang di sekeliling kita.  Ayuh!

Jumpa lagi pada entri yang akan datang(entah hujung tahun ni pulak kot).  Maaf kalau cerita aku kat atas tu macam ntahapaapantah dan kurang menarik.  Yang penting, mesej yang aku nak sampaikan. Harap mesej tu sampai lah ya kat korang,  Terima kasih sebab sudi baca.  =)


p/s: kisah aku share ni just untuk menceritakan experince aku.


May Allah bless us, ameen..




Tuesday, October 21, 2014

HIDUP AKU, DUNIA AKU KINI...

Assalamu'alaikum..

Apa khabar semua?  Alhamdulillah, I'm fine. Ya Allah, lama sangat-sangat tak update blog ni. Serius cakap, rindu gila kat blog.  Ehem, so disebabkan lama tak update blog kan, izinkan aku untuk bercerita, membebel serta berkepochi untuk entri ni.  Ala, cerita pasal life aku sekarang ni la.

So now, I'm officially a student of CFS IIUM.  Pusat Asasi UIA kat PJ.  Alhamdulillah, aku bahagia dan gembira hidup di sana.  Acewwaahh.  Walaupun pada mulanya aku macam heartless, feelingless, emoticonless dan macam-macam lerss untuk masuk CFS bukan sebab aku tak suka masuk situ.  Aku memang nak sangat masuk CFS cuma course yang aku dapat tu la.  Agak macam hmmm..Tapi sekarang alhamdulillah aku okay dan gembira dengan course tersebut.  Ekeke..



Sebahagian daripada puteri MMAS yang study kat CFS.  Time Ta'aruf Week(TAWe) ja lah nampak muka diorang.  Bila dah start kelas jarang dah nampak.  Eh ka aku ja?  Haha..

Cerita pasal kelas pulak, kelas aku 20 orang semuanya.  Guess what, brothers 3 orang ja.  Gila sikit weyhh.  Eh sebelum cerita pasal kelas, biar aku cerita sikit APT dengan EPT yang kitorang kena duduki masa TaWe.  APT tu Arabic Placement Test dan EPT ialah English Placement Test.  Exams ni la  yang akan menentuka tempoh pengajian asasi kitorang kat CFS.  Aku alhamdulillah EPT exempted, tak payah study english la senang cerita.  APT pulak aku level 4 so memang kena masuk kena masuk kelas arab sebab course aku ni APT kena exempted level 6.  So tempoh pengajian asasi aku ialah 2 tahun. Tapi in shaa Allah kalau result exam bagus boleh kurang daripada 2 tahun tu. Huhu.

Kembali kepada cerita kelas tadi, untuk kelas arab ni kan memang palpitation habis la aku cakap. Ustaz memang strict la weyh. Kau bayangkan, setiap karangan dan tugasan-tugasan lain, semua tu akan dikritik dan dikomen. Dari segi tulisan, bentuk huruf apa semua sampai lah ke gaya bahasa semua tu akan dikriktik dan dikomen. Perghh mana tak cemasnya aku macam tu.  Stress aku memikirkan hari-hariku di CFS. Tapi tapi tapi tu semua dulu, masa awal-awal lagi. Sekarang ni alhamdulillah aku dah okay dan dapat ikut rentak ustaz. Kitorang semua percaya dan yakin kaedah pengajaran dan pembelajaran ustaz amat bagus dan berkesan untuk kitorang. Semua yang ustaz buat untuk kebaikan kitorang untuk menghadapi dunia di luar sana yang sungguh lasak dan kejam. Eh terover pulak. Sorry. Ha, lupa nak mention nama ustaz. Nama beliau ialah Ustaz Rozuki bin Arifin. Ore klate.  Hahaha..



Le classmates. Tak payah cari aku sebab aku yang tangkap gambar ni. Hahaa..Nampak kan brothers 3 orang ja. Kesian.

Tu cerita kelas arab, sekarang aku nak cerita pasal kelas Islam and Other Religions. Nama ringkasnya RKA. Subjek ni best dan menarik tambah-tambah bila masuk bab agama Kristian, Hindu dan Buddha. Okay aku tak akan sebut bab tu dengan lebih mendalam kat sini. Untuk kelas RKA ni, kitorang dapat lecturer yang sangat baik dan best gila masuk kelas beliau. Her name is Madam Sabariah binti Arof. She's so motherly. Alhamdulillah, untuk kedua-dua kelas ni kitorang dapat ustaz dan madam yang sangat baik dan membantu kitorang untuk lebih berusaha dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Bak kata Ustaz Rozuki, "apabila kita ada sesuatu, kita dapat memberi sesuatu". Ilmu yang bermanfaat tu penting.  =) Untuk sem 1 ni, kitorang belajar dua subjek ni ja. In shaa Allah lepas ni baru belajar core courses. Doakan aku dan classmates dapat result yang elok lepastu cepat-cepat belajar core courses.  Heee..


Madam Sabariah.  Blessed to have her as our lecturer.  =)




Ni masa Ibadah Camp untuk students course BAR, BEN dan ENCOM. Ni kumpulan aku. Kumpulan 4: Shaukatul Wardah.



Le classmates aka girlfriends waktu tengok teater arab. Kemain tau pergi tengok teater tapi at the same time dok tegur kesalahan ejaan peserta-peserta teater. Ha, nampak kan kesan belajar dengan Ustaz Rozuki kat situ. Kitorang semakin peka dan sensitif kalau ada kesalahan ni.  Hehe.. Jom berkenalan sikit dengan diorang. From left: Anna, Aleen, Yana, aku, Bazira(ni bukan classmate, tapi roommate aku) dan Fini. From front: Zaza, Ain Sue, Jannah and Atikah. Hai korang, rindu pulak suasana dalam kelas. Jumpa sem depan!




Ni time iftar yang lepas. Gabungan semua Maktab Mahmud. Dapat la jugak kenal budak-budak ma'ahad lain. Thanks seniors sebab anjurkan iftar ni!

Okay sekarang dah sampai part yang paling penting. Tanpa diorang ni, suram lah hari-hariku di CFS. Acewwaahh.  From strangers-friends-siblings. Diorang ni adik-beradikku-lain mak lain ayah tapi disatukan atas dasar Islam dan Iman. Ekeke, okay yang tu memang la kan. Kitorang disatukan oleh sebuah society di CFS. Alhamdulillah, blessed to have them in my life. Terima kasih kerana menceriakan hari-hariku di CFS.  Aku baru tersedar yang sebelum ni aku tak pernah ucap syukur pun sebab dipertemukan dengan diorang. Razzi selalu cakap,"alhamdulillah syukur sangat aku masuk society ni. Ceria hari aku, kalau tak hmmm..". Thanks abang long atas peringatan secara tak langsung tu.  =)  Aku percaya untuk bergerak dan bekerjasama ukhuwwah yang mantap amat penting. Amanah yang kitorang dapat ni bukan suatu yang dapat dibanggakan, tapi satu beban yang kitorang kena tanggung dan jawab di SANA nanti. Bak kata Mina," sebelah kaki dah ada di neraka". Allahu, gerun dengar. Semoga kami semua dapat menjalankan amanah tersebut dan saling melengkapi antara satu sama lain. Sayang korang semua lillahi ta'ala. *kesat air mata*



Sebahagian daripada adik-beradikku.  Amboih flawlessnya muka memasing.  Hewhewhew..



Time Induction Board di Hulu Langat. Best jugak ada program luar time bulan puasa ni. Sahur dan iftar reramai. Rindu waktu tu. Perkenalkan sikit diorang ni. From left: Qilah, Dayah, Kak Yah, Kak Fatin and Kak Irna. Dua orang yang duduk tu Paan dengan aku.  



MCLEAD di Tanjung Malim.  From left: Bal, Fir, Ika and me. Maafkan muka kitorang yang sombong + poyo + nak kena tibai dan mintak pelempang sebagainya. Ika senyum keji weyhh. Hahaha..



QEAM di Ulu Yam. Best time ni, masuk hutan, makan nasi masak dalam buluh, break clap satu group dengan Alif(gila lawak doe alip, muka dia time buat break clap memang aku ingat sampai bila-bila), lari-lari kena selesaikan cabaran yang minum air kopi yang gila tak sedap.  Serius aku ingat sampai bila-bila semua tu. Haih la, rindu time ni. Btw,yang depan sekali tu Anas, dia selalu jadi monopod kalau nak selfie. Hhehe..




Time IQFest bulan lepas. Alhamdulillah, program IQFest berjalan lancar. Perkenalkan yang belakang dua orang tu, Puya dan Syahir.



Time ni pergi exercise sikit kat Taman Jaya. Padahal plan sebenar nak buat birthday surprise Tira. Alhamdulillah plan menjadi. Tira yang pakai pashmina bercorak tu.  =)




Okay ni aku nak perkenalkan sikit abang long dengan abang ngah aku. Yang kiri tu abang ngah, ha'ah yang nama Syahir tadi tu lah. Kanan tu abang long yang bernama Razzi. Kenapa panggil diorang abang long dengan abang ngah? Sebab aku adik su diorang. =) Haha, entah macam mana entah jadi macam tu. Ouh ya, diorang ni 18 jugak. Sebaya ja tak tua pun. :p *ni bukan nak promote diorang ni*

Last but not least, meet my groupmates. Dengan diorang ni lah, aku buat karangan arab, tugasan-tugasan arab, assignment rka dan presentation rka. Thanks sebab jadi groupmates aku untuk sem ni, dan jugak sem-sem yang akan datang.



Perkenalkan,Yana si mawar putih berduri dan Hanisah si puteri raja. Eh Hanisah tu memang raja betul okay, nama penuh dia Raja Nur Hanisah. Jangan buat main. Nampak tak sehati sejiwa tu tali kad matrik pun warna sama.  Heee..=)


Alhamdulillah, aku happy study kat CFS. Alhamdulillah dapat peluang untuk kenal ramai orang-orang yang positif dan hebat. Terima kasih korang.  

Doakan aku dan classmates aku serta adik-beradikku semua dapat result exam yang elok dan cemerlang seiring dengan usaha kami. Aku juga nak mintak maaf kalau sepanjang aku berblogging ni aku ada menyakiti hati atau mengguris perasaan korang sama ada aku sedar ataupun tidak. Terima kasih jugak sebab sudi baca blog aku yang merepek ntahapaapantah ni. Sekali lagi, aku mintak maaf dan terima kasih diucapkan.

Kepada sahabat yang inbox aku di fb, tanya bila aku nak update blog, terima kasih. Terharu iollss tau. Ni dah update jemput lah baca. Hahaha.

Jumpa lagi dalam entri akan datang. Tu pun taktau lah lagi bila.

May Allah bless us, ameen..