Pages

Thursday, October 30, 2014

KEBAHAGIAAN DAN KEPUASAN HIDUP YANG SEBENAR..


Assalamu'alaikum..

Apa khabar semua?  Harap korang semua sihat dan selalu berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Aku ada terbaca satu post instashop ni kat instagram," kebahagiaan dan kepuasan hidup yang sebenar adalah apabila kita memberi.  Saat kita membahagiakan orang lain atau membantu memudahkan kehidupan orang lain, akan ada rasa satu kepuasan yang hadir dalam hati."  And I totally agree with this statement.  Do you feel that way too?

Jadi kat sini aku nak share sikit pasal pengalaman aku.  Haha, bukanlah apa sangat pun. Cuma aku saja la nak share.  Tiada niat lain okay.

Insiden ni berlaku waktu bulan 9 lepas, masa tu kat CFS ada event IQFest.  Kisahnya begini,

"Aku berjalan  menuju ke Al-Malik Faisal Hall(AMF) setelah tamatnya kelas pada petang itu.  Sambil berjalan, tanganku memegang telefon pintar dan mataku tertumpu pada skrin telefon tersebut. Membaca mesej-mesej whatsapp usai kelas menjadi tabiatku. Sedang aku berjalan sambil membaca mesej whatsapp, tiba-tiba seorang brother lari dalam keadaan tergopoh-gapah sebelah aku.  Waktu dia dah lari sampai hadapan aku, aku ternampak duit tercicir daripada poket seluarnya.  Aku pun terus ambil duit tu dan memanggil brother tadi dengan suara yang agak kuat. "Brother, brother!". Tetapi malang seribu kali malang, brother tu tak dengar dan terus berlari.  Aku pun apa lagi geram sebab brother tadi tak dengar kan, aku pun berlari mengejar dia sampai lah aku tiba di hadapan AMF, aku dah hilang jejak brother tu.  Mata aku melilau di sekitar perkarangan AMF, mencari kelibat sang brother.  Tapi hampa, tak nampak.  Dah lesap.  Laju benar kau lari ya brother.  Aku pun masuk lah ke dalam AMF dan tanya kawan-kawan aku, ada nampak tak seorang brother yang pakai baju melayu warna biru masuk situ.  Aku tidak menemukan jawapan daripada mereka.  Kecewa sebab tak dapat pulangkan duit tu, aku letakkan dulu duit tersebut di atas meja dalam AMF.  Disebabkan panas dan penat mengejar brother baju melayu biru tadi, aku mengambil keputusan untuk membeli air di Coop Mart.  Tiba giliran untuk aku membayar air tersebut, mataku tertacap pada satu susuk tubuh di hadapan aku.  Hah, brother baju melayu biru tadi!  Alhamdulillah, aku jumpa jugak dia akhirnya. 

Aku pun terus tegur brother tersebut, " brother, tadi time brother lari, duit brother tercicir.  Duit tu ada kat AMF.  Jom lah pergi ambik duit tu, kat AMF ya."  Brother tersebut pun membalas, " ye ke? Okay."  Balas si brother sambil tersenyum.  Aku pun turut tersenyum gembira.  Setelah membayar air yang aku beli, aku kembali ke AMF.  Waktu masuk ke dalam AMF, aku pergi kat kawan aku dan cakap, "yeay, dah jumpa dah brother tu! Yeah!!".  Beberapa minit kemudian, sang brother pun masuk ke dalam AMF dan matanya melilau-lilau.  Mencari aku mungkin.  Setelah dia ternampak aku, dia menghampiri aku.  Aku pun dengan penuh teruja ambil duit yang tercicir tadi dan menyerahkan kepada si brother.  Si brother tadi menyambut duit tersebut dan bertanya, "betul ni duit saya punya?". Aku pun menjawab, " ya betul, jatuh time brother lari tadi."  Si brother pun yakin untuk mengambil duit tersebut dan mengucapkan terima kasih.  Sang brother pun keluar daripada AMF."

Sekian kisah di atas.  Aku taktau kenapa aku rasa puas dan gembira yang amat bila aku dapat kembalikan duit yang tercicir tadi kat brother tu.  Walaupun cuma sekeping RM 1 bukannya RM 50 lepastu buruk dan lembik pulak duit tu, tapi aku tetap insisted untuk cari tuan punya duit tu dan pulangkan kepadanya.  Time aku jumpa brother tu memang aku happy dan bersyukur sangat sebab Allah tolong aku untuk menjejaki brother tu.  Alhamdulillah. 

Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah, apabila kita berusaha untuk memulangkan sesuatu barang kepada orang yang berhak iaitu tuannya, kita akan rasa dan gembira dan puas.  Mana tau la kan, dengan duit RM 1 yang buruk tu brother tu nak buat apa kan, buat something yang penting ka kan. So secara tak langsung aku telah menolong brother tersebut.  Dan sebab itulah aku rasa puas sangat bila boleh kembalikan duit tu.  Alhamdulillah.

So korang, dalam hidup ni kita kena banyak memberi dan menolong orang.  Jangan hanya nak menerima dan pentingkan diri sendiri.  Percaya lah, bila kita memberi, kita akan rasa gembira.  Bila kita tolong orang, mudahkan urusan orang lain, kita akan rasa puas dan bahagia.  Give something and in shaa Allah our lives will be more meaningful.  Mulai hari ni, jom kita semua berazam untuk banyakkan memberi dan menolong orang-orang di sekeliling kita.  Ayuh!

Jumpa lagi pada entri yang akan datang(entah hujung tahun ni pulak kot).  Maaf kalau cerita aku kat atas tu macam ntahapaapantah dan kurang menarik.  Yang penting, mesej yang aku nak sampaikan. Harap mesej tu sampai lah ya kat korang,  Terima kasih sebab sudi baca.  =)


p/s: kisah aku share ni just untuk menceritakan experince aku.


May Allah bless us, ameen..




2 comments:

Abang Bear said...

Salam

mudah2an balasan yg sewajarnya akan diberikan kepada saudara... aminnn

Salam Singgah

Nur Najihah said...

Wassalam..terima kasih. Ameen.