Pages

Saturday, December 27, 2014

PRAY FOR MALAYSIA

Assalamu'alaikum..

Sekarang ni musim banjir di Malaysia. Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak dah banjir. Terbaru ni Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Kedah pun ada kawasan yang naik air. 

Hari-hari aku dapat update pasal banjir di Kelantan dan Pahang daripada adik-beradik FSCC aku yang ada di sana. Sedih aku bila dapat tau kawasan rumah diorang air makin naik, terperangkap, tiada bekalan elektrik, tak dapat berhubung dengan keluarga dan sebagainya. Lepastu semalam aku call Farhan dia cakap dia call Syahir(abang ngah) tak dapat ka tak angkat entah. Yang aku tau line dia kat sana tak clear. Tapi risau jugak la sebab KB air tinggi jugak. 

Pagi tadi Ika pulak bagitau kat group whatsapp abang dengan kakak dia tersangkut kat tol nak masuk Temerloh time nak pergi ambik parents diaorang. Air dah masuk rumah jiran dan kalau hujan malam ni mungkin rumah parents dia pun masuk air. I feel sad bila dapat berita tu. Aku bayangkan macam mana lah kalau parents aku yang terperangkap dalam rumah macam tu. Allahu. 

Sedih sangat bila dapat berita-berita pasal banjir. Mungkin sebab ada kawan-kawan di sana. Aku pun sedih jugak sebab rasa macam tak membantu. Rasa useless pulak. Kalau boleh aku nak turun padang jadi sukarelawan kat mana-mana kawasan banjir. Tapi aku hanya mampu berdoa dan beri sokongan dari jauh. 

Kepada semua rakyat Malaysia, ayuh kita sama-sama hulurkan bantuan. Baik dari segi tenaga, wang ringgit, makanan dan minuman, kelengkapan diri mahupun barang-barang asas. Ujian banjir daripada Allah ni sebagai salah satu cara untuk kita semua bermuhasabah dan dekat kepada Allah. 




Kepada saudara-saudara yang ditimpa ujian banjir, kalian harus tabah dan kuat. In shaa Allah keadaan dan kehidupan selepas ujian ini lebih baik. Doa kami mengiringi kalian. Jaga diri dan jangan pernah lupa kewajipan solat walaupun banjir. Semoga kalian selamat semuanya. 


May Allah bless us,ameen..

-Nur Najihah-


No comments: