Pages

Wednesday, January 14, 2015

REALITI VS FANTASI

Assalamu'alaikum..

"Awak ni orang yang jenis macam mana sebenarnya?"

"Memang perangai gila-gila macam ni eh?"

"Pergh kejap ja kau dah kamceng dengan dia tu. padahal baru borak kan?"

"Asal poyo macam yo-yo ja mamat tu. hek elehhh"

Haha, ni apekebenda aku merepek atas ni? Well, taktau lah kenapa tetiba pagi ni aku terasa nak tulis pasal realiti vs fantasi. Ala, bukan fantasi macam dunia di atas awan, wujud sang pari-pari dengan kayu magik tu. Fantasi kat sini macam first impression macam tu lah, apa bayangan orang kat kita.

So aku rasa aku macam ada banyak personaliti lah. Sapa setuju dengan statement aku ni? Hahaha..
Antara impression yang aku terima kat CFS ni ialah:

"budak baik, innocent"

"budak baik, macam adik-adik"

"kecik dan comel" (okay ni macam perasan mintak pelempang, tak pun ada nak kena brainwash ni nanti, tapi maceh abang long sebab cakap macam tu..lolololol)

"poyo, kerek, baik"

"awak ni mesti senang nangis" (what the apebenda)

paling aku nak tergelak impression yang ni.. "macam anti-lelaki". Lol like seriously dude, anti-lelaki. Hahaha, paling lawak dan salah besar( okay aku harap orang yang bagitau impression ni kat aku tak baca blog aku ni, kalau baca pun jangan la brainwash atau memberi renungan yang tajam terhadap saya..huhu)

Aku macam dok tertanya-tanya jugak kenapa diorang cakap aku budak baik padahal nakal aku ni boleh tahan jugak. Cari pasal, mengusik dan kacau orang antara hobi aku jugak la. Ke aku perangai macam tu dengan orang aku selesa ja? Mungkin la kot kan.

Tapi aku jugak boleh jadi seorang yang kurang ramah dan nampak sombong. Satu, sebab aku ni otot muka tu macam susah nak senyum sikit lepastu awkward, taktau macam mana nak start conversation, lepastu aku hanya mendengar saja orang tu cakap tanpa respon. Mesti sakit hati kan kalau jumpa orang macam aku? Hahaha..

Tapi tu lah, kengkadang aku pun pelik dengan diri aku. Dulu time interview FSCC aku ada bagitau interviewer tu yang aku ni ada banyak personaliti. Bergantung pada tempat dan keadaan, Wah kemain kau. Tapi macam mana nak stick dengan satu-satu personaliti ja? Yang memang semua orang akan sebulat suara, seia sekata, seiring sehaluan, satu cita dan impian akan sebut bila ditanya tentang aku?

Haihh poning sey pikir. Tu ja lah kot. Luahan ntah apa-apa tiada bermanfaat daripada saya.

May Allah bless us, ameen..

p/s: iolss excited FL dah bertunang. Omey sangat sampai iolss rasa nak jadi macam FL. Lol dh kenapa. kbaii..


-Nur Najihah-

Friday, January 2, 2015

TERIMA KASIH 2014

Assalamu'alaikum..

Selamat Tahun Baru 2015! Tak sedar sebenarnya semalam tu last tahun 2014. Taktau la kenapa jadi macam tu. Sama ada sibuk iaitu memanfaatkan masa dengan sebaiknya ataupun sia-siakan masa sampai tak sedar apa. Harapnya aku telah menggunakan 2014 dengan sebaiknya.

Bila dah masuk 2015 ni, maknanya ini merupakan tahun terakhir bagi aku dan geng-geng yang lahir tahun 1996 berusia belasan tahun. 19 years old already meh! Gosh, apa ja yang aku dah buat selama 18 tahun yang lepas? Allahu, terasa banyak masa yang aku dah buang macam tu ja. I iz zo zad!!

Sepanjang 2014 ni banyak benda yang jadi. Malaysia telah mengalami pelbagai peristiwa suka duka, ditimpa ujian yang pelbagai- aku pun tak kurang jugak telah melalui pelbagai rencah sepanjang 2014 ni.

Bermula dengan first time tahun baru tanpa perlu ke sekolah ( ya lah dah habis spm), cuti 5 bulan lepas SPM, belajar memandu kereta dan menunggang motosikal sampai terjadi minor accident, belajar menjahit yang sumpah tak pernah berniat nak belajar, jalan sana-sini dengan girlfriends, dapat result SPM, isi borang UPU, dapat course yang memang tak sangka, dapat masuk CFS IIUM, dapat join FSCC, girlfriends ramai pergi belajar overseas, dapat belajar banyak benda. Weyh kalau nak mention sampai masuk 2016 pun tak habis lagi gamaknya.

2014, terima kasih untuk segalanya. Alhamdulillah thank you Allah sebab bagi segala nikmat, ujian, pengalaman dan sebagainya. Ya Allah, berkatilah segala apa yang telah aku lakukan sepanjang 2014. Ampunkan segala dosaku, ibu bapaku, guru-guruku, keluargaku dan sahabat-sahabatku. Ameen.

Terima kasih kepada insan-insan yang sedia bertapak di hati sejak dahulu zaman kanak-kanak hingusan hingga kini. Terima kasih kepada insan-insan yang baru hadir dalam hidup pada tahun 2014.

Anda, terima kasih untuk segala nilai positif dan penyelesaian masalah.

Ayuh 2015, ke arah yang lebih baik!

p/s: doakan aku dan sahabatku untuk projek kolaborasi pada tahun ini. Semoga Allah permudahkan. Hidup untuk ummah

May Allah bless you, ameen..

-Nur Najihah-