Pages

Friday, January 2, 2015

TERIMA KASIH 2014

Assalamu'alaikum..

Selamat Tahun Baru 2015! Tak sedar sebenarnya semalam tu last tahun 2014. Taktau la kenapa jadi macam tu. Sama ada sibuk iaitu memanfaatkan masa dengan sebaiknya ataupun sia-siakan masa sampai tak sedar apa. Harapnya aku telah menggunakan 2014 dengan sebaiknya.

Bila dah masuk 2015 ni, maknanya ini merupakan tahun terakhir bagi aku dan geng-geng yang lahir tahun 1996 berusia belasan tahun. 19 years old already meh! Gosh, apa ja yang aku dah buat selama 18 tahun yang lepas? Allahu, terasa banyak masa yang aku dah buang macam tu ja. I iz zo zad!!

Sepanjang 2014 ni banyak benda yang jadi. Malaysia telah mengalami pelbagai peristiwa suka duka, ditimpa ujian yang pelbagai- aku pun tak kurang jugak telah melalui pelbagai rencah sepanjang 2014 ni.

Bermula dengan first time tahun baru tanpa perlu ke sekolah ( ya lah dah habis spm), cuti 5 bulan lepas SPM, belajar memandu kereta dan menunggang motosikal sampai terjadi minor accident, belajar menjahit yang sumpah tak pernah berniat nak belajar, jalan sana-sini dengan girlfriends, dapat result SPM, isi borang UPU, dapat course yang memang tak sangka, dapat masuk CFS IIUM, dapat join FSCC, girlfriends ramai pergi belajar overseas, dapat belajar banyak benda. Weyh kalau nak mention sampai masuk 2016 pun tak habis lagi gamaknya.

2014, terima kasih untuk segalanya. Alhamdulillah thank you Allah sebab bagi segala nikmat, ujian, pengalaman dan sebagainya. Ya Allah, berkatilah segala apa yang telah aku lakukan sepanjang 2014. Ampunkan segala dosaku, ibu bapaku, guru-guruku, keluargaku dan sahabat-sahabatku. Ameen.

Terima kasih kepada insan-insan yang sedia bertapak di hati sejak dahulu zaman kanak-kanak hingusan hingga kini. Terima kasih kepada insan-insan yang baru hadir dalam hidup pada tahun 2014.

Anda, terima kasih untuk segala nilai positif dan penyelesaian masalah.

Ayuh 2015, ke arah yang lebih baik!

p/s: doakan aku dan sahabatku untuk projek kolaborasi pada tahun ini. Semoga Allah permudahkan. Hidup untuk ummah

May Allah bless you, ameen..

-Nur Najihah-

2 comments:

MNa said...

Aamiin. Smoga Allah prmudahkan Nur-imouto :D
InsyaAllah dah sampai masa boleh perbaharui ruang 'about me' tu ya..

Nur Najihah said...

ameen..thank you onnie! heee..in shaa Allah next month berubah lah 'about me' tu.. :D