Pages

Friday, November 27, 2015

ADA APA DENGAN NAMA


Assalamu'alaikum..

Setiap ciptaan dalam dunia ni ada nama sama ada bernyawa ataupun tidak.  Alat tulis ada nama,buku ada tajuk,botol kicap pun ada nama.  Haiwan dan tumbuhan pun ada nama masing-masing.  Manusia apatah lagi,mestilah ada nama yang pelbagai.  Sejak kita dalam perut mak kita lagi mak ayah,ahli keluarga semua dah sibuk selak buku nama-nama dalam Islam untuk namakan anak masing-masing bila dilahirkan nanti.  

Jadi aku selalu jugak terfikir tanggungjawab terhadap nama kita semua. Ada apa dengan nama?  Semalam aku tanya kat Usrah21, dorang pernah tam rasa tanggungjawab terhadap nama masing-masing?  Then Amir jawab,pernah rasa.  Nama penuh dia Amir Saiful Islam which means Ketua Pedang Islam.  Aku first time dengar nama dia pun aku rasa gerun dan berat.  Apatah lagi tuan badan kann.  So dia cakap disebabkan nama dia tu,dia rasa serba salah kalau post benda pelik-pelik kat media sosial.  Yes I feel him sebab nama tu pun orang akan kaitkan dengan perilaku.  Then Sinar cakap she feels that her name got no meaning.  So aku cakap la,ada lah maksudnya.  Noor Sinar.  Cahaya Sinar.  Pada aku dia dah jalankan tanggunjawab nama dia dengan baik dah sebabnya kehadiran Sinar sentiasa memberi cahaya dan kebahagiaan kat orang-orang sekelilingnya.  Semua orang suka dan senang dengan karakternya.  It suits her and she brings it very well.

As for me,aku selalu merasakan yang aku kena sentiasa lakukan yang terbaik dalam apa ja yang aku buat dan berjaya.  Ya aku tau kejayaan tu semua adalah rezeki dari Allah.  Kita sebagai manusia cuma perlu usaha dan lakukan yang terbaik sehabis mungkin.  Tapi nama aku Nur Najihah yang bermaksud Cahaya Orang yang Berjaya.  Sedikit sebanyak membuatkan aku kena seiring dengan nama aku.  Berjaya di dunia dan kena jugak berjaya di akhirat. Kadang-kadang aku rasa berat jugak dengan nama aku sebab aku selalu be hard on myself.  Aku agak keras dengan diri aku kalau dalam bab pelajaran.  Bagi aku,aku kena berjaya.  Yeah thats how my name affects me.

Tu baru cakap pasal nama masing-masing yang mak ayah bagi.  Tapi tanggungjawab yang lagi lagi lagi besar ialah being a Muslim dan membawa identiti Muslim itu sendiri.  Adakah kita menjalankan tanggungjawab dengan baik?  Adakah kita menjadi agen Muslim yang baik?


-Nur Najihah-

Monday, November 9, 2015

REBEL?


Assalamu'alaikum..

Apa khabar semua?  Okay, entah macam mana tiba-tiba aku rasa nak membebel malam ni.  So actually it started last Saturday.  Sabtu haritu aku pergi CFS sebab ada muet.  Dan paper last sekali untuk haritu was listening paper.  Supposed to end at 1 pm but then it turned ended at 2.45 pm.  Sebab jadi macam tu adalah kerana masalah sistem.  CD tu problem bunyi krek krek sakit telinga aku susah nau dengar dan senang ceritanya memang tak tahu langsung dia cakap apa.  Stress aku tau.  Lepastu pengawas tu ulang-ulang banyak kali but then sama ja krek krek susah nak dengar macam yang aku describe atas tadi lah.  Kena la tunggu dorang pasang CD kat laptop.  Tiba-tiba pulak ada drama swasta pertelingkahan kat luar AMF antara seorang ayah ni dengan ketua pengawas.  Aku duduk belakang dekat dengan pintu so memang aku dengar lah dorang bertikam lidah.  Eii geramnya ja aku,rasa macam nak pergi cakap kat pakcik tu, "pakcik,bukan anak pakcik ja dalam dewan tu. Kitorang semua ni pun stress tau kat dalam ni."  Ha panasssd ja aku.  Dah la aku lapar,mengantuk lepastu nak pergi tandas sebab sejuk nau tapi tak boleh keluar.  Sabar ja aku tau.  Lepastu bila dah CD tu boleh pasang,suara jelas semua sambung la listening test tu.  Tapi time tu mood aku dah ke laut.

Habis exam ja,aku terus pergi solat zohor.  Sumpah aku keluar dewan dengan rasa kecewa,marah dan geram.  Geram dan marah bermula bila sistem buat hal.  Tapi bila aku fikir,aku nak marah dan geram pada siapa sebenarnya?  Kat pengawas exam? Kat sistem?  Kat CD? Tiada guna aku nak marah.  Pengawas exam pun taknak ada masalah,melambatkan kerja dorang.  Then it made me think,no use to get angry.  But then aku rasa kecewa.  Kecewa dengan diri aku, aku rasa aku tak patut ikut mood yang ke laut tu.  Yes I have tried my best,tapi still aku buat listening test tu dengan perasaan yang tak sepatutnya.  I am so dissapointed with myself.  Dan untuk hilangkan perasaan geram,marah,kecewa tu aku pergi makan kat Oldtown White Coffee sorang-sorang.

When I am angry,baru aku sedar aku akan berdiam diri dan layan perasaan sorang-sorang.  Dan aku jarang rasa marah dengan kawan-kawan walaupun sebenarnya aku tak suka something dan benda tu menimbulkan rasa geram.  Ntah lah,aku jarang lempiaskan rasa marah kat orang.  Aku akan diam dan kadang-kadang boleh jadi rebel.  Yes I am rebellious person.  And aku akan zahirkan marah melalui penulisan.  Ha rebel through writing.  Amekawww

Tapi kalau benda yang buat aku rasa marah dan geram tu berkaitan dengan capability aku,aku akan diam dan start la bergenang air mata.  Tapi never cry infront others.  Ya aku ego.  Sebab tu orang kadang akan cakap aku keras,tak peduli pasal orang.  But sebenarnya biarlah aku ja yang tau macam mana aku ni sebenarnya.

Dan aku ni sebenarnya cepat ja rasa marah,tapi sebab aku ni tak zahirkan dengan kata-kata,orang selalu ingat im okay happening got no problem yaw.  Ha kau salah besar ya.


Sudah la aku merepek.  Tak worth pun untuk korang baca entri ni aku rasa, tapi entah aku nak membebel.  So izinkan aku ya.  Mintak maaf salah silap.

- Nur Najihah-

Tuesday, November 3, 2015

MANUSIA BERASAP



Assalamu'alaikum..  

Lamanyaaaa tak menaip sini.  Sorry my dear blog.  So sedikit perkembangan tentang aku sekarang ni tengah cuti lama Ya Rabbi 3 bulan sementara nak tunggu masuk degree kat Gombak mungkin Februari tahun depan.  Boleh la sambut birthday kat Gombak pulak ya tahun depan.  Hiks.

Okay back to our topic, tajuk entri kali ni "Manusia Berasap."  Apa yang terlintas kat kepala korang bila tengok tajuk ni?  Adakah terbayang manusia yang sedang makan mamee kari extra pedas lalu kepala dan telinga dia berasap?  Ke macam mana?  

Okay so "Manusia Berasap" ni aku tujukan kepada mereka di luar sana yang hisap vape.  I'm sorry kalau ada yang baca blog ni tergolong dalam golongan yang disebutkan tadi.  I just wanna share my thoughts though.  Dalam akhbar, berita kat tv kebelakangan ni hangat betul dengan isu vape ni.  Apa hukumnya- kerajaan tak haramkan, tapi ada fatwa yang kata haram.  

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri mengatakan bahawa penggunaan vape adalah haram berdasarkan qiyas kepada rokok sebenar serta mungkin lebih memudaratkan berbanding rokok biasa.  Beliau juga berkata penggunaan vape adalah suatu pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah.  Konklusinya, fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa iaitu haram.

Majlis Fatwa Kebangsaan melalui pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr. Abd Shukor Husin pula telah memutuskan bahawa rokok elektronik(vape) adalah dilarang dalam Islam.  Ia dikategorikan sebagai berbahaya, membazir dan memudaratkan kesihatan.

So kat sini aku jumpa dua pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan vape adalah haram.  Tapi kerajaan boleh cakap ianya tidak diharamkan tapi akan ada undang-undang baru iaitu mungkin kandungan bahan-bahan tu perlu dihadkan kuantitinya dan sebagainya.  Aku tak pandai lah kan nak cakap dari sudut kesihatan jadi apa, tapi fikir logik lah dah kenapa dok hisap benda tu hembus-hembus asap?  Kalau ada yang cakap, penggunaan vape ni adalah alternatif bagi perokok tegar untuk tinggalkan tabiat mereka secara perlahan-lahan, aku masih boleh terima.  Ya, ada yang berhasil dengan cara tu.  Tapi kalau sebelum ni tak pernah hisap pun rokok, tiba-tiba dok hisap vape.  Perlukah?

Kalau cakap dari segi moral, ya bagi aku tindakan ni tak bermoral langsung.  Aku minta maaf, aku bukan nak judge orang-orang yang consume vape ni tak bermoral, I'm just saying their action is immoral.  Budak-budak sekolah rendah hisap vape, korang rasa benda tu elok?  Perempuan hisap vape,keluar asap berkepul na'uzubillah, korang rasa sopan?  Aku sebagai perempuan sangat malu walaupun aku tak buat.  Aku pernah nampak depan mata aku sendiri, budak perempuan ni selamba ja hisap vape depan kereta kakak aku kat r&r.  Mak dia ada ja kat sebelah tu.  Seriously, I was like what theeeee.  Malu, sedih, kesian semua ada. Aku bukan nak gender bias cakap perempuan ja tak boleh hisap vape ni, yes lelaki perempuan semua nampak tak sopan sangat dok hembus asap berkepul-berkepul.  Tetapi perempuan lagi lagi lah nampak tak sopan kan, tambah pulak kalau pakaian tu alhamdulillah dah tutup sempurna elok sangat, tapi tup-tup keluar asap kat mulut dengan hidung.  I'm saying this because I dont want my sisters and brothers kat luar sana terlibat dengan benda tak bermoral macam ni.  Kakak aku pulak cakap susah betul nak cari lelaki dan perempuan tulen tak hisap benda ntahapaapantah sekarang ni.  So nanti nak cari laki, selidik dulu. Okay, dalam family aku, aku sorang ja single not married yet so aku tahu dia tuju kat aku nasihat tu.

Semoga aku, korang- kita semua terhindar dan berhenti daripada melakukan benda-benda tak bermoral macam ni.  Moga jati diri kuat dan Allah pelihara kita semua.  Ummah sangat tenat sekarang ni.  Ada ja macam-macam kes.  I'm writing this because I'm care.

Dan penggunaan vape ni diharamkan di Singapura, Turki, Thailand, Brunei, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Panama, Qatar, Seychelles(teringat Sejarah) dan Nicaragua.  Jadi Malaysia bila nak tersenarai dalam senarai negara yang mengharamkan penggunaan vape? Isu penggunaan rokok pun ada yang tak ambik kisah.  Renungkan. :)

So guys one more time aku mintak maaf kalau entri ni berbunyi kasar atau tidak berhikmah.  This is just my personal thought and opinion.  Aku tak judge pelaku tu, cuma aku tak suka perbuatan tu.  Harap korang faham.

-Nur Najihah-