Pages

Friday, November 27, 2015

ADA APA DENGAN NAMA


Assalamu'alaikum..

Setiap ciptaan dalam dunia ni ada nama sama ada bernyawa ataupun tidak.  Alat tulis ada nama,buku ada tajuk,botol kicap pun ada nama.  Haiwan dan tumbuhan pun ada nama masing-masing.  Manusia apatah lagi,mestilah ada nama yang pelbagai.  Sejak kita dalam perut mak kita lagi mak ayah,ahli keluarga semua dah sibuk selak buku nama-nama dalam Islam untuk namakan anak masing-masing bila dilahirkan nanti.  

Jadi aku selalu jugak terfikir tanggungjawab terhadap nama kita semua. Ada apa dengan nama?  Semalam aku tanya kat Usrah21, dorang pernah tam rasa tanggungjawab terhadap nama masing-masing?  Then Amir jawab,pernah rasa.  Nama penuh dia Amir Saiful Islam which means Ketua Pedang Islam.  Aku first time dengar nama dia pun aku rasa gerun dan berat.  Apatah lagi tuan badan kann.  So dia cakap disebabkan nama dia tu,dia rasa serba salah kalau post benda pelik-pelik kat media sosial.  Yes I feel him sebab nama tu pun orang akan kaitkan dengan perilaku.  Then Sinar cakap she feels that her name got no meaning.  So aku cakap la,ada lah maksudnya.  Noor Sinar.  Cahaya Sinar.  Pada aku dia dah jalankan tanggunjawab nama dia dengan baik dah sebabnya kehadiran Sinar sentiasa memberi cahaya dan kebahagiaan kat orang-orang sekelilingnya.  Semua orang suka dan senang dengan karakternya.  It suits her and she brings it very well.

As for me,aku selalu merasakan yang aku kena sentiasa lakukan yang terbaik dalam apa ja yang aku buat dan berjaya.  Ya aku tau kejayaan tu semua adalah rezeki dari Allah.  Kita sebagai manusia cuma perlu usaha dan lakukan yang terbaik sehabis mungkin.  Tapi nama aku Nur Najihah yang bermaksud Cahaya Orang yang Berjaya.  Sedikit sebanyak membuatkan aku kena seiring dengan nama aku.  Berjaya di dunia dan kena jugak berjaya di akhirat. Kadang-kadang aku rasa berat jugak dengan nama aku sebab aku selalu be hard on myself.  Aku agak keras dengan diri aku kalau dalam bab pelajaran.  Bagi aku,aku kena berjaya.  Yeah thats how my name affects me.

Tu baru cakap pasal nama masing-masing yang mak ayah bagi.  Tapi tanggungjawab yang lagi lagi lagi besar ialah being a Muslim dan membawa identiti Muslim itu sendiri.  Adakah kita menjalankan tanggungjawab dengan baik?  Adakah kita menjadi agen Muslim yang baik?


-Nur Najihah-

No comments: