Pages

Tuesday, November 3, 2015

MANUSIA BERASAP



Assalamu'alaikum..  

Lamanyaaaa tak menaip sini.  Sorry my dear blog.  So sedikit perkembangan tentang aku sekarang ni tengah cuti lama Ya Rabbi 3 bulan sementara nak tunggu masuk degree kat Gombak mungkin Februari tahun depan.  Boleh la sambut birthday kat Gombak pulak ya tahun depan.  Hiks.

Okay back to our topic, tajuk entri kali ni "Manusia Berasap."  Apa yang terlintas kat kepala korang bila tengok tajuk ni?  Adakah terbayang manusia yang sedang makan mamee kari extra pedas lalu kepala dan telinga dia berasap?  Ke macam mana?  

Okay so "Manusia Berasap" ni aku tujukan kepada mereka di luar sana yang hisap vape.  I'm sorry kalau ada yang baca blog ni tergolong dalam golongan yang disebutkan tadi.  I just wanna share my thoughts though.  Dalam akhbar, berita kat tv kebelakangan ni hangat betul dengan isu vape ni.  Apa hukumnya- kerajaan tak haramkan, tapi ada fatwa yang kata haram.  

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri mengatakan bahawa penggunaan vape adalah haram berdasarkan qiyas kepada rokok sebenar serta mungkin lebih memudaratkan berbanding rokok biasa.  Beliau juga berkata penggunaan vape adalah suatu pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah.  Konklusinya, fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa iaitu haram.

Majlis Fatwa Kebangsaan melalui pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr. Abd Shukor Husin pula telah memutuskan bahawa rokok elektronik(vape) adalah dilarang dalam Islam.  Ia dikategorikan sebagai berbahaya, membazir dan memudaratkan kesihatan.

So kat sini aku jumpa dua pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan vape adalah haram.  Tapi kerajaan boleh cakap ianya tidak diharamkan tapi akan ada undang-undang baru iaitu mungkin kandungan bahan-bahan tu perlu dihadkan kuantitinya dan sebagainya.  Aku tak pandai lah kan nak cakap dari sudut kesihatan jadi apa, tapi fikir logik lah dah kenapa dok hisap benda tu hembus-hembus asap?  Kalau ada yang cakap, penggunaan vape ni adalah alternatif bagi perokok tegar untuk tinggalkan tabiat mereka secara perlahan-lahan, aku masih boleh terima.  Ya, ada yang berhasil dengan cara tu.  Tapi kalau sebelum ni tak pernah hisap pun rokok, tiba-tiba dok hisap vape.  Perlukah?

Kalau cakap dari segi moral, ya bagi aku tindakan ni tak bermoral langsung.  Aku minta maaf, aku bukan nak judge orang-orang yang consume vape ni tak bermoral, I'm just saying their action is immoral.  Budak-budak sekolah rendah hisap vape, korang rasa benda tu elok?  Perempuan hisap vape,keluar asap berkepul na'uzubillah, korang rasa sopan?  Aku sebagai perempuan sangat malu walaupun aku tak buat.  Aku pernah nampak depan mata aku sendiri, budak perempuan ni selamba ja hisap vape depan kereta kakak aku kat r&r.  Mak dia ada ja kat sebelah tu.  Seriously, I was like what theeeee.  Malu, sedih, kesian semua ada. Aku bukan nak gender bias cakap perempuan ja tak boleh hisap vape ni, yes lelaki perempuan semua nampak tak sopan sangat dok hembus asap berkepul-berkepul.  Tetapi perempuan lagi lagi lah nampak tak sopan kan, tambah pulak kalau pakaian tu alhamdulillah dah tutup sempurna elok sangat, tapi tup-tup keluar asap kat mulut dengan hidung.  I'm saying this because I dont want my sisters and brothers kat luar sana terlibat dengan benda tak bermoral macam ni.  Kakak aku pulak cakap susah betul nak cari lelaki dan perempuan tulen tak hisap benda ntahapaapantah sekarang ni.  So nanti nak cari laki, selidik dulu. Okay, dalam family aku, aku sorang ja single not married yet so aku tahu dia tuju kat aku nasihat tu.

Semoga aku, korang- kita semua terhindar dan berhenti daripada melakukan benda-benda tak bermoral macam ni.  Moga jati diri kuat dan Allah pelihara kita semua.  Ummah sangat tenat sekarang ni.  Ada ja macam-macam kes.  I'm writing this because I'm care.

Dan penggunaan vape ni diharamkan di Singapura, Turki, Thailand, Brunei, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Panama, Qatar, Seychelles(teringat Sejarah) dan Nicaragua.  Jadi Malaysia bila nak tersenarai dalam senarai negara yang mengharamkan penggunaan vape? Isu penggunaan rokok pun ada yang tak ambik kisah.  Renungkan. :)

So guys one more time aku mintak maaf kalau entri ni berbunyi kasar atau tidak berhikmah.  This is just my personal thought and opinion.  Aku tak judge pelaku tu, cuma aku tak suka perbuatan tu.  Harap korang faham.

-Nur Najihah-

2 comments:

Anonymous said...

Jadi berdasarkan apa yg ditulis kita boleh lihat ketagihan tu disebabkan nikotin yg ada dalam rokok tu dan beralih kepada vape untuk menghilangkan ketagihan tu. Tapi betul ke ketagihan ini disebabkan oleh nikotin itu sendiri? Sebab ada org yg ketagihan terhadap game, main fon dan tgk cerita korea sebagai contoh. Jadi soalan dia di sini. Is it we have the full understanding on the addiction itself or we just have the misconception of it?

Nur Najihah said...

Berdasarkan bahan-bahan tu,nikotin menyebabkan ketagihan sama seperti heroin. Sebabnya hasil dari pembacaan saya, nikotin ni jadi perangsang. Dan apabila rangsangan tu rendah, penghisap tu tend utk hisap,hisap dan terus hisap. Dan pasal ketagihan main fon,game and korea tu, it depends on ourselves. Kita boleh cegah dgn kurangkan aktiviti tu dan yeah priority seseorang berubah mengikut masa. Dan benda benda tu adalah berbeza dgn isu nikotin. Dan ya saya tak layak utk ckp isu ni sbb saya tak berada di tmpt org yg hisap vape or rokok. Tapi kita boleh fikir sndiri consequences dari perbuatan vaping or smoking. Maaf ini hanya pandangan saya shj.

Wallahu a'lam.