Pages

Monday, August 29, 2016

EARLY 20's IS NO JOKE, MAN..

Assalamu'alaikum..

Sejak berumur 20 tahun secara rasmi pada pertengahan Februari yang lalu, hati ini sering sahaja berdebar dan fikiran mulai runsing. Hei, apa yang cuba disampaikan ni hah? 

Macam ni gais, umur 20 ni bagi aku umur yang perlu untuk berubah menjadi matang, berwawasan serta menjadi cantik dan anggun. Aku dan rakan-rakan Usrah21 selalu menyuarakan kegusaran bagaimana untuk menghadapi hari-hari mendatang dan kehidupan setelah tamat pengajian di universiti. 

Antara isu yang selalu timbul ialah wang simpanan dan anak-anak. How to generate income? Duit tu nanti better buat beli rumah instead of car. Nak kahwin nanti bajet macam mana sampai lah ke tahap macam mana nak didik anak-anak nanti dek cabaran zaman kini lagi mencabar. Wawasan 2020 pun tidak lama lagi. Hmm, mencabar kan usia awal 20-an ni? Tu belum lagi bab tengok ramai kawan-kawan dah berpasangan lalu aku yang single ni tetiba rasa insecure dan loner. 

Aku bersyukur sangat sebab ada Usrah21 dalam hidup aku. Dorang banyak ajar aku pasal hidup. Masing-masing ada kelebihan memasing. Dorang buat aku rasa yang aku tidak keseorangan dalam kerunsingan memikirkan perancangan hidup awal 20-an. Kami semua saling berbincang dan menyokong antara satu sama lain. 

Umur 20 ni, banyak perubahan yang perlu dibuat. Kena belajar lagi bersungguh-sungguh, belajar cara hidup, jadi wanita yang function dan cantik, bermanfaat untuk ibu bapa dan masyarakat dan banyakkkkk lagi. Hmm semoga Allah beri aku kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik. Ameen.

May Allah bless us, ameen..

-Nur Najihah-

Friday, August 26, 2016

BABY STEP TOWARDS BUSSINESS..


Assalamu'alaikum.

Hello, masihkah anda semua ingat akan diriku ini? Akan blogku ini? Sebenarnya aku dah hampir lupa yang aku ni mempunyai sebuah blog. Hei biarlah blog aku ni tak femes serta tiada pembaca. Yang penting, aku suka blog aku. Ya aku seorang yang obses dengan diri sendiri. Hikss. Sebenarnya, beberapa hari yang lepas aku tanpa sengaja terbaca blog idolaku ini, Fatin Liyana. Lama angat itteww tak baca blog beliau jadi haritu itteww tanpa sengaja terbaca entri-entri beliau dari zaman 2009 sampai lah sekarang. Lalu diri ini teringat akan blog yang sekian lama tak ada entri baru lalu terus perasaan nak update blog membuak-membuak ibarat Gunung Krakatoa nak meletus. Okay, bab-bab over ni memang aku power. Lol.

Jadi gais, aku sebenarnya cuti semester 3 bulan dan sekarang ni baki cuti hanyalah tinggal lebih kurang seminggu. Sepanjang cuti 3 bulan ni, aku tak ada lah kerja makan gaji macam kawan-kawan aku yang lain. Sebulan bulan puasa tu memang lah aku duduk rumah, masak untuk iftor, bertarawih, baca buku dan tidur. Ya tidur merupakan salah satu hobi aku ya rakan-rakan semua.

Lepas puasa, raya tu seminggu aku pergi Gombak settle kerja sikit sambil beraya rumah kawan-kawan. Boleh kata vacation lah jugak bagi aku sebab aku duduk Alor Setar ni otak kurang berkembang dek kekurangan komunikasi sebab duduk rumah ja. Huhu. Jadi disebabkan aku ni duduk rumah ja, tak jana duit bahkan hanya menjana lemak di pipi maka pada satu hari sesuatu telah terjadi dan aku terus merasakan omg I need to do this! Ha over lagi, kan aku dah cakap bab-bab over ni aku power. Lol.

Okay cerita dia gini, pada suatu hari kawan aku ni upload kat instagram yang dia sekarang dah jadi ejen bagi satu jenama produk kosmetik yang mutakhir ini menjadi bahan bualan penduduk bumi. So dia tengah cari 5 orang yang nak jadi dropshipper dia. Haaa, aku time baca ni apa lagi menggelepur macam cacing kepanasan dek merasakan tawaran ini sungguh menarik! Mesti whatsapp dia untuk bertanya lebih lanjut tentang dropshipper ni! Tidak dapat tidak!

Maka dengan gelojohnya aku terus whatsapp kawan aku ni. Tanya dia macam-macam, dari hal macam mana dia attract customer sampailah hal komisen macam mana apa semua. Oh ya tahukah anda kawan aku yang jadi ejen produk kosmetik ni seorang lelaki? Ya, seorang lelaki yang kacak dan macho. Kau jangan bayang dia macam Dato terlajak laris pulak k. Opsss.
Okay back to the topic, kawan aku ni pun sabar ja jawab segala soalan orang noob macam aku ni. Walaupun tadi aku menggelupur ibarat cacing kepanasan serta gelojoh, tapi aku tak buat keputusan melulu. Aku tenang ja ibarat sebuah pulau. Aku cakap kat kawan aku ni, aku perlukan masa untuk fikir dulu. Ya lah, aku ni mana pandai bab-bab bisnes ni. Mesti lah kena chill dulu, tanya pendapat orang bagai. So aku pun tanya beberapa kawan aku dan dorang semua bagi pandangan yang positif dan sokong kalau aku jadi dropshipper ni. Jadi setelah dua hari berfikir dengan akal waras, aku pun make a decision to be a dropshipper. Wow, terus rasa sangat dewasa k sebab nak buat bisnes ni. Haa over lagi. Pang sekali!

Maka pada tanggal 1/8/2016 aku pun mula lah bisnes dropship aku ni. Beria aku heboh kat instagram personal aku yang aku ni nak buat bisnes dropship. Hei, rakyat instagran harus tahu akan hal ini lalu wajib untuk menyokong aku k. Alhamdulillah, rakan-rakan instagram ramai support, terus diri ni rasa terharu. Anyonyo omey la korang ni.

Dan sekarang ni alhamdulillah, dah nak masuk sebulan dah bisnes dropship aku ni. Customer alhamdulillah ada. *ehem terima kasih awak yang jadi first customer tu. Saya akan ingat awak sampai bebila. Hiks*. Komisen pun alhamdulillah hehe. Customer aku semua baik, comel sangat tau dorang ni support bisnes I. Okay nanti sila repeat order k.

Untuk korang di luar sana yang nak start bisnes ni, jangan takut untuk mencuba. Memula tu memang la tak ada customer, tapi korang kena rajin la promote, share testimoni. Kunci dia, kena rajin dan ada strategi k. In shaa Allah rezeki Allah bagi tu. Jadi dropshipper ni korang takyah penat buat kerja apa pun, just chill sambil online ja. Hehehe.

Okay sebelum aku mengundur diri ni, sila lah jenguk ig shop iolss k. Kalau berminat atau nak tanya apa-apa just whatsapp me okay?

instagram.com/nurraysabeauty.najahscottage

Bye semua, jumpa lagi nanti!
May Allah bless us, ameen.

-Nur Najihah-