Pages

Monday, August 29, 2016

EARLY 20's IS NO JOKE, MAN..

Assalamu'alaikum..

Sejak berumur 20 tahun secara rasmi pada pertengahan Februari yang lalu, hati ini sering sahaja berdebar dan fikiran mulai runsing. Hei, apa yang cuba disampaikan ni hah? 

Macam ni gais, umur 20 ni bagi aku umur yang perlu untuk berubah menjadi matang, berwawasan serta menjadi cantik dan anggun. Aku dan rakan-rakan Usrah21 selalu menyuarakan kegusaran bagaimana untuk menghadapi hari-hari mendatang dan kehidupan setelah tamat pengajian di universiti. 

Antara isu yang selalu timbul ialah wang simpanan dan anak-anak. How to generate income? Duit tu nanti better buat beli rumah instead of car. Nak kahwin nanti bajet macam mana sampai lah ke tahap macam mana nak didik anak-anak nanti dek cabaran zaman kini lagi mencabar. Wawasan 2020 pun tidak lama lagi. Hmm, mencabar kan usia awal 20-an ni? Tu belum lagi bab tengok ramai kawan-kawan dah berpasangan lalu aku yang single ni tetiba rasa insecure dan loner. 

Aku bersyukur sangat sebab ada Usrah21 dalam hidup aku. Dorang banyak ajar aku pasal hidup. Masing-masing ada kelebihan memasing. Dorang buat aku rasa yang aku tidak keseorangan dalam kerunsingan memikirkan perancangan hidup awal 20-an. Kami semua saling berbincang dan menyokong antara satu sama lain. 

Umur 20 ni, banyak perubahan yang perlu dibuat. Kena belajar lagi bersungguh-sungguh, belajar cara hidup, jadi wanita yang function dan cantik, bermanfaat untuk ibu bapa dan masyarakat dan banyakkkkk lagi. Hmm semoga Allah beri aku kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik. Ameen.

May Allah bless us, ameen..

-Nur Najihah-

No comments: