Pages

Saturday, February 18, 2017

BELIA BERMANFAAT

Assalamu'alaikum semua.

Ya, tahu lama gila aku tak update blog kan?  Lama tak update tak bermakna melupakan.  Cuma malas.

Aku tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri kali ni. Tapi aku tahu aku nak cerita apa.  Macam biasa, nak cerita pasal life aku sebab ni kan blog aku. lol.

Dari kecik lagi aku ni ada banyak sangat impian.  Dan aku pun tak pernah berharap impian tu jadi kenyataan.  Ya lah, contohnya waktu kecik aku dok berangan nak pergi pesta buku tiap tahun,nak belajar sastera lah apa lah.  Dan pada aku tu cuma impian dan angan dan aku pun meneruskan hidup macam biasa, Ikut arus.  Sampailah pada suatu hari, aku tersedar banyak benda yang dulu waktu kecik aku nak sangat dan sekarang aku dah dapat.  Betapa tuhan tu akan makbulkan permintaan,impian dan harapan kita. Cuma cepat atau lambat. Sebagai manusia kita cuma perlu sabar ja. Buat kerja kita,usaha sehabis mungkin.  Kerja tuhan biarlah tuhan yang selesaikan. Kita sebagai manusia tak payah nak serabut.

Salah satu impian aku waktu kecik dulu adalah nak join aktivi kemanusiaan macam Angelina Jolie. Ya pengaruh tv dan pengaruh mat saleh memang kuat dalam diri aku. Tapi macam biasa itu cuma impian dan aku meneruskan hidup aku yang skema seperti biasa. Masuk CFS, memang berazam nak bermanfaat untuk manusia. Lepastu aku join FSCC. Ya walaupun FSCC bukanlah satu badan aktivis tapi FSCC merupakan batu loncatan untuk aku memulakan segala apa yang aku dah buat sekarang. Disebabkan FSCC aku dapat kenal ramai orang,tahu banyak benda. Disebabkan FSCC aku dapat tahu minat dan kecenderungan aku.

Masuk ke Gombak,lagi banyak peluang. Aku masih join segala program yang memerlukan committee kat Gombak ni.  Tapi aku cuma join satu kelab ja sebab aku ni one man club(?), STUFF.  Ya bukan juga sebuah badan aktivis. Sebuah kelab fasilitator. Tapi aku yakin ni pun menjadi batu loncatan buat aku. Membuka peluang untuk aku teroka kebolehan aku. Aku tak minat pun nak handle crowd apa benda ni,tapi aku memang tak malu nak approach orang yang aku tak kenal. Masuk STUFF waktu first sem sorang-sorang,pastu tak aktif sangat pun. Training tak pergi langsung. Cuma dorang ni pandai tau. Aku baru join dorang dah tarik aku jadi committee GB. Handle games pulak tu. Pandai eh tarik aku,ajar aku benda baru. Makin lama makin kenal ramai stuffians pastu join aktiviti macam famstrap,jamuan raya,bukak booth bagai.

Sampai lah sekarang ni dah 3 sem aku dengan STUFF, dorang bagi kepercayaan kat aku untuk jadi secretary untuk booth, Awkward jugak sebab dah lama tinggal dunia secretary ni. Tapi takpa benda boleh settle. Minggu depan punya weekly training, aku kena jadi emcee. Haha memang teringin nak belajar benda baru dan peluang depan mata so apa lagi, grab the chance and learn. Moga dapat buat yang terbaik lah minggu depan. Aku ni nervous gak kengkadang.

Semester ni, memang azam aku nak banyakkan berbakti kepada orang sekeliling. Presiden STUFF pernah tanya aku, kenapa tak join SRC. Aku jawab,masuk Gombak ni nak serve the community. Yes i really means it. Maka alkisahnya pada suatu hari aku dapat viral mesej via whatsapp pasal Students Kitchen Project aka SKP. Tolong bagi makanan free kat students. Aku enjoy buat benda ni. Banyak benda aku belajar dengan team SKP ni walaupun baru 3 kali aku join dorang. Hal-hal kecil dan sederhana yang sering aku terlepas pandang rupanya meninggalkan kesan yang besar dalam diri aku. Allah telah membuka dan membentangkan banyak peluang depan aku. Aku cuma perlu tempuh,belajar di sepanjang perjalanan dan sentiasa berikthtiar menjadi yang terbaik. Selebihnya serahkan pada Dia.

Kenapa aku nak sangat join aktiviti kemanusiaan dan bermanfaat kepada orang lain? Selain dari sebab-sebab yang aku sebut kat atas tadi(pengaruh tv dan mat saleh) ialah sebabnya benda-benda macam ni dapat melembutkan hati aku. Kegembiraan orang yang diberikan pertolongan merupakan kegembiraan aku. Waktu muda waktu yang kita perlu enjoy berkhidmat dan berbakti. Biarlah perkara-perkara kecil yang aku buat ni dapat ganjaran dari Allah. Kerana menjadi manusia tanpa memberi manfaat kepada orang lain itu sia-sia. Baik kau mati ja macam tu.

Semoga tuhan sentiasa terus memberikan aku peluang untuk menjadi manusia yang berbakti,supaya bila tiba hari aku pulang kepada Dia jasa aku terus diingati dan membuatkan orang lain terinspirasi.

Semoga aku dan kamu terus berbakti dan dirahmati Allah selalu.

Salam Sayang,
Nur Najihah.

No comments: